Thursday, May 5, 2011

CINTA...

Cinta………
Cinta itu buta..
Cinta itu membawa bahagia..
Cintu itu membawa sengsara….
Cinta itu juga membawa sebuah derita…
Apa erti cinta sebenarnya…
Aku tak mengerti…

Bagi aku…
Definisi CINTA bagiku bukan satu…

Cinta pada ALLAH
Cinta ALLAH tidak mengecewakan
Cinta ALLAH tidak membebankan
Cinta ALLAH membahagiakan
Cinta ALLAH tidak melalaikan
Cinta ALLAH sebuah cinta yang hakiki
Cinta ALLAH sebuah cinta yang sejati
Tidak rugi jika kita merebut cinta ALLAH…

Cinta pada KELUARGA
Cinta KELUARGA sungguh mendamaikan
Cinta KELUARGA amat bererti
Cinta KELUARGA amat disanjungi
Cinta KELUARGA yang dicari
Cinta KELUARGA bertakhta dihati
Kerana cinta KELUARGA amat suci dan murni…

Cinta pada TEMAN
Cinta pada TEMAN tidak akan hilang ditelan zaman
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang sejati
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang dicari
Cinta pada TEMAN tidak boleh diganti
Cinta pada TEMAN tidak boleh dikhianati
Cinta pada TEMAN amat istimewa
Kerana cinta pada TEMAN akan membawa secebis harapan apabila kita kehilangan orang yang paling kita sayangi…..

Cinta pada KEKASIH
Cinta KEKASIH cinta yang dinanti
Cinta KEKASIH amat bererti
Cinta KEKASIH hanya sementara
Cinta KEKASIH cinta yang akan membawa derita jika tiada keserasian antara pencinta
Cinta KEKASIH cinta yang akan membutakan mata hati seseorang pabila terjerat dengan sebuah cinta yang belum pasti menjadi miliknya
Cinta KEKASIH cinta yang menjerat manusia ke dunia khayalan
Tetapi cinta KEKASIH membawa bahagia kepada yang betul-betul menghayati cinta KEKASIH….

Cinta pada ALAM
Cinta pada ALAM cinta yang mendamaikan jiwa
Cinta pada ALAM tiada hadnya
Cinta pada ALAM akan memberi seribu ketenangan
Cinta pada ALAM beri satu kepuasan yang amat tinggi darjatnya
Cinta pada ALAM tidak akan menimbulkan persengketaan kerana setiap manusia bebas mencintai ALAM…..

Cinta pada HAIWAN
Cinta yang dicari bila berduka
Cinta pada HAIWAN akan membawa kepada kepuasan
Cinta pada HAIWAN dapat kita berkongsi suka dan duka
Cinta pada HAIWAN tidak akan melukakan hati kita
Cinta pada HAIWAN cinta yang setia…
Kerana HAIWAN tidak pandai berkata-kata tetapi haiwan boleh menjadi pendengar yang setia…..

Itulah definisi cinta bagiku……
Carilah cinta yang betul-betul membawa kebahagiaan pada kita di dunia dan di akhirat nanti…