10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita
bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan
dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh
dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh
pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh
diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita
secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama
beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah.
Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal
mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu,
Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian
untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan
kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial,
pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu
disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi
penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu
tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita
memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita.
Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan
berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega
apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar.
Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan
penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat
suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila
penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati,
bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa
pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang
dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan
bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya
dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba
kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait
subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai
subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai
bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta
yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait
antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri
untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika
dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat
boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik
yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan
output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba
reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh
ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak
kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat.
Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar
kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari
tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih
belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan
maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa
untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa
banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa
banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan
yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab
sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa
yang telah dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk
pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar
dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar
secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita
boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi
semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian,
maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar
meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat
akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita
rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun
kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah
terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti
dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan
dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap
sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya
terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara
mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada
sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka
kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian
ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar
berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita.
Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan
betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah
bersungguh-sungguh.
Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/
Thursday, February 21, 2013
#Nota 10
jangan terlalu banyak memberi alasan...fikir masalah orang lain juga...setiap manusia mempunyai hal yang perlu dilakukan...jangan sampai alasan yang kita berikan memakan diri kita sendiri....
p/s: bantu membantu akan membawa kenikmatan hidup dalam
p/s: bantu membantu akan membawa kenikmatan hidup dalam
#Nota 9
mencari rakan adalah 1 rutin....rakan yang baik adalah rakan yang sanggup menghadapi susah senang bersama rakanya....rakan yang hanya bersama rakannya ketika senang sahaja merupakan seorang rakan yang tidak mengenal erti persahabatan...jangan terlalu rapat berkawan dengan seseorang....nnti akan membawa bencana kepada kita...kerana bila kita terlalu rapat dengan seorang insan yang bergelar kawan, kita akan mudah membencinya...hal ini kerana kita akan lebih nampak kesalahan berbanding kebaikannya..
Wednesday, February 20, 2013
#Nota 8
jangan terlalu menjadi manusia yang terlalu selesa apabila mendapat sebuah kejayaan ataupon kegembiraan.... kerana hari esok blm tentu kita akan gembira....dan apabila kegagalan menghampiri kita..kita tidak mampu menanggungnya..kerana kita tidak bersedia menghadapinya....
p/s: bersedialah menghadapi kegagalan....dan berusahalah untuk bebas dari kegagalan...dan hampirilah kejayaan...
p/s: bersedialah menghadapi kegagalan....dan berusahalah untuk bebas dari kegagalan...dan hampirilah kejayaan...
#Nota 7
jangan kita berputus asa apabila menghadapi kegagalan pada hari ini..jangan terlalu bersedih disebabkan hal itu, jadilah seorang yang berfikiran positif dan terus maju kehadapan ..jangan menoleh kebelakang...kerana anda akan melihat saat kegagalan itu muncul....rezeki ada dimana2..mungkin hari ini kita gagal...tapi hari esok belum kita tahu apa nasib kita..mungkin kejayaan dan kegembiraan yang menanti....itu semua kerja ALLAH..kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan ALLAH yang menetukan segalanya...
#Nota 6
orang yang GAGAL adalah orang yang berputus asa untuk mencari kebenaran dan kejayaan... manakala orang BERJAYA adalah orang tidak berputus asa mencari cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi...
#Nota 5
cuba jadi insan yang berguna kepada orang lain... dan cuba jauhi daripada menjadi insan yang dipergunakan oleh orang lain....
#Nota 3
orang yang mencari ilmu tapi tk mengamalkan
orang itu digelar orang bermaklumat... tapi orang yang mencari ilmu dan
mempraktikkannya itulah orang berilmu..... mana satu pilihan kita...mahu digelar orang bermaklumat atau orang berilmu..pilihan ditangan kita...
#Nota 2
setiap orang ada gigi dan lidah..yg kita tahu gigi lebih keras daripada lidah..oleh itu jagan biarkan gigi menjadi lembut daripada lidah...
p/s: jangan hanya bermulut manis menabur janji..tapi janji itu tidak ditepati...lama-kelamaan kepercayaan orang akan hilang kepada kita apabila sering memungkiri janji..
p/s: jangan hanya bermulut manis menabur janji..tapi janji itu tidak ditepati...lama-kelamaan kepercayaan orang akan hilang kepada kita apabila sering memungkiri janji..
#Nota 1
setiap wawasan yang dipegang harus disusuli hendak tindakan...barulah wawasan tersebut akan tercapai.... bukan menunggu wawasan tu berkembang dengan sendiri...
Subscribe to:
Posts (Atom)