Wednesday, May 22, 2013

BBM3410: SALAM TERAKHIR




inilah saya: ASRUL AZUAN BIN MAT DEHAN (157492) 
(pengarah/pelakon/penari/penyanyi/model/cameraman/penyunting/pelajar)


hai boysss..hai girlsss...post terakhir untuk subjek BAHASA DALAM MULTIMEDIA...sedih pula rasanya bila dah selesai segala tugasan..cuma sebentar kami bersama..macam2 hal berlaku...dari yg gembira terus bertukar menjadi marah, sedih, kesian, tk puas hati dan sebagainya....

14 minggu bersama sudah mengikat kami menjadi sebagai adik beradik..walaupun wujud pelbagai sengketa tapi semua menjadi perencah dalam kehidupan kami di sini....nk kata bergaduh dan bermasam muka tu taklah sampai mcm tu....kalau ada pun marah tanda sayang bukan marah kerana benci..hehehehe

berbagai pengalaman, cabaran dan dugaan sepanjang kami bersama....dari minggu pertama hinggalah minggu 13...tugasan menimpa kami tanpa henti bagai hujan turun mencurah bumi....terima kasih Dr. Notts..memang terbaiklah Dr. ...Dr. mmg lain dari yang lain..tak pernah2 kami daapt tugasan mcm ni....semester akhir telah membawa perubahan yg begitu ketara...darilah bersengkang mata hingga pagi untuk siapkan video hinggalah kepada perbahasan antara ahli kumpulan untuk menyampaikan pendapat masing....

Dr. Normaliza? beliau lah Dr. Notts yang aku duk canang semalam ini. Dr. Notts ni amat mementingkan masa. Setiap kali tiba waktu kelas beliau, semua pelajar akan berrebut nak masuk kelas...dan berebut nak duduk depan...sebabnya Dr. Notts kata, beliau akan bagi 'A' kepada yg dia ingt muka je....hahaha..boleh pulak belaiu main2 pilih2 cmtu nk bg markah....katanya lagi....beliau tk suka orang yang duduk kat belakang sebabnya pelajar tersebut akan alpa dan tidak fokus tetapi apabila duduk depan, pelaajr tersebut akan fokus dan mudah menrima apa yg diajar. 

lagi satu prinsip beliau yg perlu kami ikut ialah beliau juga tidak suka pelajar yang masuk kelas lewat kerana beliau ingin melatih pelajar supaya tepati masa kerana kebanyakkan pelajar di kelas Bahasa dalam Multimedia ini merupakan pelajar tahun akhir dan tidak lama lagi akan bergraduat dan seterusnya akan memasuki alam pekerjaan. Beliau juga selalu menasihati supaya tepati masa bahawa masa belajar inilah untuk melatih diri sendiri berdisiplin dan kelak apabila sudah mempunyai pekerjaan sikap berdisiplin itu dapat diaplikasikan.Tapi dalam ketegasan beliau, wujud sifat seorang ibu, ingtkan bila datang lambat, kena halau ke, tapi tak...dia biarkan je....tp tk tk semua pelajar cmtu..tk berani...hahahaha

yang paling penting...prinsip yg paling2 dia pantang dicabar ialah pelajar datang kelas beliau dengan pemakaian yang selekeh....dan yang paling pantang ialah pelajar yg pakai selipar jepun a.k.a selipar jamban ke kelas....hahahaha...

Mengikuti kursus BBM 3410 ini aku dapat mempelajari banyak benda yang aku kurang arif tentang multimedia. Aku belajar tentang laman web yang sebelum ini aku hanya tahu aplikasi tu wujud tetapi tidak berminat untuk ambil tau.Apbila sudah dipaksa membuatnya..terpaksalah aki mengadap laptop selama berjam-jam....ahha.....bukan laman web je...beberapa laman di alam maya kami perlu sediakan termasuklah twitter, dan blog...facebook? Dr. Notts tidak berminat dengan facebook kerna katanya facebook ni banyak benda2 mengarut...hahahaha....jadi updatelah kami dari semasa ke semasa di blog dan twitter masing2...dari situ juga aku tahu pasal nuffnang yang boleh menjana duit melalui blog...tp malangnya..buat masa sekarang satu sen pun aku belum data jana daripada blog..hahaha..kesian!!!

Di samping itu juga, dalam aktiviti berkumpulan aku mempelajari tentang asas grafik iaitu asas yang perlu ada dalam sesuatu multimedia seperti kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Asas ini merupakan komponen yang sangat penting. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah atau buku yang mempunyai ciri-ciri asas grafik dan melekatkannya pada board yang bersaiz A4. Setiap ahli kumpulan menunjukkan komitmen masing-masing. Ada yang mencari gambar, ada yang mencari huruf dan juga ada yang tolong memotong. Tapi bestlah aktiviti tu...daripada dengar lecturer membebel....baik prakikalkan apa yg diajar..hahahah

bukan setakat itu sahaja tugasannya....ni nak citer bab video pula....terdapat 5 video aku kena sediakan...yg paling mencabar..apabila kena bai komitmen 100% kerana video ni dibuat dalam kumpulan....jadi semua kena ada semasa penggambaran dijalankan...yang ado jerr penggambaran...hahaha

Pertama, 'Video One Shot' kami kenalah pilih satu lagu, tk kisahlah lagu apa....arahannya, kami perlu miming lagu tersebut dan menari mengikut rentak lagu tersebut, lagu kami pilih Zapin Usik Mengusik, nyanyian Senario dan Nurhaida.... malu giler beb....tapi demi Dr. Notts kami turutkan jua....latihan diadakan selama beberapa hari...dan penggambaran dilakukan di Laman Muzium Warisan Melayu..kat situ tkde orang..tmbh2 hari minggu...hahahah....4/5 kali rakam juga....dah lah kami ni memang 'hebat' untuk menari zapin..hahahahah...lets check it out!!!








 ni link tuk YOUTUBE,....maaf ya Dr. ...saya tk boleh nk upload video one shot terus daripada youtube;

https://www.youtube.com/watch?v=lL96HN0bW64

Kedua, Video Seram.....sentiasa menjadi igauan sepanjang masa....video ni paling best...hahaha...sebabnya boleh kenakan kawan2...hahahah....dan video paling mencabar....dari penglahiran idea hinggalah ke proses editing...pelbagai yg berlaku...shooting kejap sahaja..mengambil masa beberapa jam...aku bertindak sebagai pengarah..berusaha sebaik mungkin untuk membangkit semngt seram itu...hahaha...tapi proses editnya mengambil masa 9 jam....hahahha....lets check it out!!

 


Ketiga, video tanpa wajah...paling simple dan senang nk buat....hahahah






tugasan video seterusnya adalah video realitinya dan video does and dont....ha...ni video gabung 3 kumpulan...mak ai..susah nk handle...huhuhu...tp aku dapat pengalaman yg best...hahaha

VIDEO REALTINYA (TIPICAL MALAYSIA)




VIDEO DOES AND DON'T




ni pula untuk link youtube: https://www.youtube.com/watch?v=81f6adJzsts



tugasan-tugasan seterusnya ialah:

ASAS GRAFIK







SIMPULAN BAHASA

















ASAS FOTOGRAFI: MUG SHOT, MEDIUM SHOT, FULL, SHOT































GAMBAR UNIK !!!!



























INI PULA SENARAI TUGASAN UNTUK KELAS AMALI:

POSTER !!!!!!!





KALENDAR!!!!

















ALAM SATU ANUGERAH!!!!





























LAMAN WEB:



TWITTER:

No comments:

Post a Comment