hai...hari pertama kat rumah....rutin biasa kalau balik rumah...rutin itu ialah baring sambil mengadap novel.. sudah mnjadi kebiasaan kalau balik mesti kena ada novel....sebelum bertolak balik lagi aku dah mula baca novel ni...kebetulan bas lambat tiba...jadi aku isi masa menunggu tu dengan baca novel yg dibawa....
biasanya aku bawa balik satu je novel...kali ini 9 buah novel aku bawa balik...semuanya baru aku beli kat pwtc....hhehehehe...baru habis satu...lagi 8 tu tk tau sempat habis ke tk sebelum pulang ke upm...
aku ni tk boleh baca novel berturut2...watak dalam novel tu akan bermain2 difikiran ku buat seketika...tuk melupakan watak tersebut aku perlu mengambil masa yg lama...hehehe (cepat terpengaruh aku ni...)
ok..novel aku baca ni sungguh menyentuh hati lelaki aku ni....bukan kerana watak lelaki tu baik...tp lebih daripada yang aku sangka...walaupun di dalam novel dan ia hanya fantasi..tp bila aku bersama cerita tersebut, bagai ia wujud di depan mata...
baiklah...mesti korang tertanya2 novel apa kan?? hehehe...novelnya adalah WASILAH CINTA WEERA...aku tk tau novel ni diterbitkan tahun berapa...yang pasti aku baru jumpa novel ni...
ceritanya cukup untuk membuat aku berfikir tentang kehidupan didunia yang penuh dengan ujian dan dugaan....sebelum aku melalut lebih jauh...ni cover novel tersebut...sangat simple...
aku ceritakan sedikit apa yg termaktub dalam novel ini...
kisah bermula dengan kehidupan Tajul Aweera Tajul Arifin (nama watak utama)..jarang aku jumpa, watak utama dalam novel adalah lelaki..kebanyakkannya adalah perempuan....heheh...nama pendek dalam novel itu ialah weera atau wee...dia seorang creative director di sebuah syarikat pengiklanan.dan mempunyai buah hati yang bernama jasnita...weera merupakan seorang yang berjaya dan menikmati kemewahan atas usahanya sendiri....sahabat karib dan selamanya iaitu Ray sentiasa berada di sisi weera ketika weera di landa musibah...hinggakan orang sekelilin memandang serong kepada perhubungan mereka...tapi mereka buat tk tau je..yg pasti mereka berkawan rapat kerana menjalinkan ukhwah kerana Allah bukan kerana nafsu...
weera didatangi seorang perempuan yang agak kasar gaya perwatakannya....iaitu Sari Ayu Usman...seorang penulis novel cinta dan merupakan tunang kepada firdaus (teman serumah dan sekampung dengan weera) sari ayu datang mencari firdaus kerana mendapat tau firdaus berkahwin dengan wanita lain...nk tau siapa sila baca novelnya...hehehe
akhirnya weera mengambil keputusan untuk mengahwini sari ayu bagi menjaga maruah keluarga sari ayu..tetapi weera mengahwini sari ayu ada sebab yg lebih kukuh....
diawal perkahwinan mereka hidup seperti orang asing....Ray adalah orang menjadi rujukan weera bagi menghadapi sikap kasar sari ayu...hehehehe....nk tahu ray itu siapa sebenarnya...bacalah novelnya...pasti anda tertarik dengan sikap ray...
perkahwinan weera dan sari ayu diuji dengan pelbgai ujian....termasuk fitnah daripada firdaus yang menyatakan weera dan ray menrupakan pasangan gay...dan sari ayu pernah termakan dengan fitnah tersebut..tetapi sari ayu di sedarkah oleh ibunya tentang keakraban weera dan ray merupakan satu ikatan persahabatan yang kita tidak boleh nilai tanpa mengenali mereka berdua serapatnya...sari ayu reda dan kembali mempercayai suaminya weera...hehhe
kehidupan mereka diuji apabila ray mengidap penyakit kronik dan ayu hampir diragut dan keguguran...
kenapa weera berkahwin dengan sari ayu bukan dengan jasnita?
adakah weera dan sari ayu akan menjaga ray?
adakah hubungan weera dan ray terputus kerana ray jatuh sakit?
adakah weera berjaya menghalang firdaus daripada mengharu birukan keluarganya?
adakah weera dan sari ayu hidup bahagia?
semua itu akan terungkai apabila anda membaca novel WASILAH CINTA WEERA sehingg tamat...
No comments:
Post a Comment