Wednesday, September 21, 2011

keHIduPan aDalah MuTiara

Kehidupan adalah suatu yang berpanjangan dan tiada penghujung
Setiap manusia mempunyai kehidupannya sendiri
Kehidupan mengajar manusia untuk berdikari
Mengajar manusia untuk menjadi insan yang sejati
Tidak mengenal erti putus asa…………..
Kehidupan manusia tiada banyak bedanya
Cara manusia mencorakkannya yang akan mencerminkan kehidupan manusia itu senang atau susah…………….
Kehidupan telah memberi seribu kemanisan dalam diri manusia
Kerana melalui kehidupanlah manusia dapat mengenal erti kegembiraan, kekecewaan dan kesedihan………
Kehidupan jugalah yang mendewasakan kita
Kehidupanlah yang menceriakan hidup seseorang manusia di muka bumi ini……………
Kehidupan lah yang memberi kita ruang dan peluang untuk mengenali dengan semua makhluk……
Kehidupan dipenuhi dengan ranjau dan duri
Kehidupan penuh misteri
Kehidupan ibarat roda
Sentiasa berputar-putar  yang merubah kehidupan dari yang sengsara kepada bahagia…………..
Kehidupan juga yang merubah kehidupan yang bahagia kepada sengara jika manusia itu tidak menghargai kehidupan yang dinikmati
Kehidupan boleh menjadi pembunuh jika manusia tidak pandai untuk mengawalnya……………..
Kerna kita yang mengawal kehidupan
Jangan biarkan kehidupan yang mengawal kita
Jika itu berlaku maka musnahlah masa depan……..
Jadi kawalah kehidupan untuk menjamin masa depan……
Renug-renungkan kehidupan anda sekarang…..
Jauhilah kehidupan yang memusnahkan diri……

Friday, September 16, 2011

DaLAm kESuNYiAn HaTi...

bila kesunyian melanda
hati resah tiada terkira
jiwa pun bergelora
tanda kita di tinggalkan keseorangan

ketika inilah perlunya seorang peneman
peneman yang setia
yang sudi menjadi pendengar cerita suka dan duka
yang sudi berkongsi cerita
yang sudi bergelak ketawa
bagi menghiburkan hati yang lara.........

dialah permata yang dicari
yang perlu ku temui
untuk menemani dimalam yang sunyi
untuk mengisi kekosongan di ruang hati......

ya ALLAH tolonglah diri ku
temukanlah aku dengan kekasih mu
ya ALLAH berikanlah aku
hidayah dan petunjukmu.....
dalam mencari erti hidup ini...

Sunday, July 10, 2011

PROGRAM MOTIVASI DAN JATI DIRI `11

setelah sebulan bertungkus lumus akhirnya program motivasi dan jati diri berlangsung dengan jayanya pada 7 - 9 julai 2011 walaupun bnyk lompang dlm program tersebut tp semuanya happy dlm program itu...hehehhe
bnyk pengalaman dan rkan2 baru yg dikenali....

bnyk ragam dapat dilihat......ada sahaja lagak yg mencuit hati.........telatah peserta la.....lebih2 lagi telatah fasi2 yg bnyk memberi sumbangan dlm menjayakannya......
terima kasih dan seribu penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung......semoga kita akan bekerjaama lagi dalam majlis yang lain.....

Thursday, May 5, 2011

CINTA...

Cinta………
Cinta itu buta..
Cinta itu membawa bahagia..
Cintu itu membawa sengsara….
Cinta itu juga membawa sebuah derita…
Apa erti cinta sebenarnya…
Aku tak mengerti…

Bagi aku…
Definisi CINTA bagiku bukan satu…

Cinta pada ALLAH
Cinta ALLAH tidak mengecewakan
Cinta ALLAH tidak membebankan
Cinta ALLAH membahagiakan
Cinta ALLAH tidak melalaikan
Cinta ALLAH sebuah cinta yang hakiki
Cinta ALLAH sebuah cinta yang sejati
Tidak rugi jika kita merebut cinta ALLAH…

Cinta pada KELUARGA
Cinta KELUARGA sungguh mendamaikan
Cinta KELUARGA amat bererti
Cinta KELUARGA amat disanjungi
Cinta KELUARGA yang dicari
Cinta KELUARGA bertakhta dihati
Kerana cinta KELUARGA amat suci dan murni…

Cinta pada TEMAN
Cinta pada TEMAN tidak akan hilang ditelan zaman
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang sejati
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang dicari
Cinta pada TEMAN tidak boleh diganti
Cinta pada TEMAN tidak boleh dikhianati
Cinta pada TEMAN amat istimewa
Kerana cinta pada TEMAN akan membawa secebis harapan apabila kita kehilangan orang yang paling kita sayangi…..

Cinta pada KEKASIH
Cinta KEKASIH cinta yang dinanti
Cinta KEKASIH amat bererti
Cinta KEKASIH hanya sementara
Cinta KEKASIH cinta yang akan membawa derita jika tiada keserasian antara pencinta
Cinta KEKASIH cinta yang akan membutakan mata hati seseorang pabila terjerat dengan sebuah cinta yang belum pasti menjadi miliknya
Cinta KEKASIH cinta yang menjerat manusia ke dunia khayalan
Tetapi cinta KEKASIH membawa bahagia kepada yang betul-betul menghayati cinta KEKASIH….

Cinta pada ALAM
Cinta pada ALAM cinta yang mendamaikan jiwa
Cinta pada ALAM tiada hadnya
Cinta pada ALAM akan memberi seribu ketenangan
Cinta pada ALAM beri satu kepuasan yang amat tinggi darjatnya
Cinta pada ALAM tidak akan menimbulkan persengketaan kerana setiap manusia bebas mencintai ALAM…..

Cinta pada HAIWAN
Cinta yang dicari bila berduka
Cinta pada HAIWAN akan membawa kepada kepuasan
Cinta pada HAIWAN dapat kita berkongsi suka dan duka
Cinta pada HAIWAN tidak akan melukakan hati kita
Cinta pada HAIWAN cinta yang setia…
Kerana HAIWAN tidak pandai berkata-kata tetapi haiwan boleh menjadi pendengar yang setia…..

Itulah definisi cinta bagiku……
Carilah cinta yang betul-betul membawa kebahagiaan pada kita di dunia dan di akhirat nanti…