Monday, February 14, 2011

SAHABAT SEJATI

sahabat insan yang sejati,
tidak mendambakan balasan sebagai ganti,

sahabat insan yang disanjungi,
bukan wang ringgit yang menjadi idaman hati,
tetapi kasih sayang seorang sahabat yang dicari,

sahabat insan berbudi pekerti,
tidak pernah mementingkan diri,
sebaliknya sentiasa menjaga hati orang yang dipanggil sahabat,

sahabat insan mulia,
tidak pernah meminta-minta,
tidak pernah membuat sahabatnya menderita,
tidak pernah membuat sahabatnya sengsara,
sebaliknya persahabatan yang dibina atas dasar kasih dan sayang menjadi tunjan untuk kita mencari kebahagian di dunia dan di akhirat,

sahabat insan yang tiada tandingan,
wang yang berjuta,
harta yang bertimbun,
tidak dapat menandingi sucinya ikatan persahabatan yang sejati,

sahabat insan yang memahami,
sentiasa mendengar luahan hati sahabatnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,
itulah digelar sahabat yang sejati,

sahabat insan yang berhati murni,
tiada perasaan untuk menandingi,
tiada perasaan hasad dan dengki terhadap sahabatnya yang sentiasa dihati,

sahabat insan yang dihormati,
insan yang paling dirindui apabila berada berjauhan,
insan yang paling dinganti apabila berada dipersimpangan dilema,
insan yang menjadi tempat mengadu,
insan yang menjadi tempat untuk melepaskan sendu dan tangis,
insan yang menjadi tempat untuk kita melepaskan rindu......

sahabt insan yang dicari untuk dijadikan tempat kita berkongsi kegembiraan dan tempat kita berkongsi kedukaan,
sahabat insan yang sentiasa diingati,
walau jauh dimata tetapi dekat dihati kerana insan yang bergelar sahabat telah mendapat tempat di hati....

sahabat yang sejati adalah idaman idaman setiap insan di dunia yang fana ini....

semoga ikatan persahabatan ini kekal sampai ke akhirat nanti.....

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabatku yang sejati...

akan ku kenang jalinan persahabatan yang dibina atas dasar ketulusan dan keikhlasan yang terbit dari hati yang nurani sampai ke akhir hayat.....

INGAT!!! sahabat merupakan salah serorang yang akan memberi seribu kebahagian di dunia ini...hargailah insan yang bergelar seorang sahabat.......


sekian coretan kali ini...bye2

No comments:

Post a Comment