Friday, November 25, 2011

jAdUaL Sem 4.....last Sem untuk Tahun 2 di UPM

ni jadual aku sem depan (tk cnfrm ag..hehe)

hari isnin 8 - 10 pagi = kaedah penyelidikan BM...satu kelas jerr hari isnin...jgn suka sgt

hari selasa 8 - 10 pagi = sejarah dan rumpun BM, 10 - 12 tgh = sistem tulisan jawi, 4 - 5 ptg = penglahiran bakat kreatif.....6 jam tu..penat gilerrr....tp ni tkpe lagi...ada yg mencabr lagi

hari rabu 8 - 9 pagi = kaedah penyelidikan BM, 12 - 2 ptg = seni penulisan..hari ini 3 jam jerr...ok best...

hari khamis...jeng..jeng....hari yg paling penat bagi aku...8 jam berturut-turut tanpa rehat...iaitu 8 - 10 pagi = sejarah dan rumpun BM, 10 - 12 tgh = sistem tulisan jawi, 12- 2 ptg = penulisan cerpen dan novel, 2 - 4 ptg = penglahiran bakat kreatif.....

jadual ni tk termasuk dengan kelas tutorial yg akan ditetapkan kemudian....

Wednesday, September 21, 2011

keHIduPan aDalah MuTiara

Kehidupan adalah suatu yang berpanjangan dan tiada penghujung
Setiap manusia mempunyai kehidupannya sendiri
Kehidupan mengajar manusia untuk berdikari
Mengajar manusia untuk menjadi insan yang sejati
Tidak mengenal erti putus asa…………..
Kehidupan manusia tiada banyak bedanya
Cara manusia mencorakkannya yang akan mencerminkan kehidupan manusia itu senang atau susah…………….
Kehidupan telah memberi seribu kemanisan dalam diri manusia
Kerana melalui kehidupanlah manusia dapat mengenal erti kegembiraan, kekecewaan dan kesedihan………
Kehidupan jugalah yang mendewasakan kita
Kehidupanlah yang menceriakan hidup seseorang manusia di muka bumi ini……………
Kehidupan lah yang memberi kita ruang dan peluang untuk mengenali dengan semua makhluk……
Kehidupan dipenuhi dengan ranjau dan duri
Kehidupan penuh misteri
Kehidupan ibarat roda
Sentiasa berputar-putar  yang merubah kehidupan dari yang sengsara kepada bahagia…………..
Kehidupan juga yang merubah kehidupan yang bahagia kepada sengara jika manusia itu tidak menghargai kehidupan yang dinikmati
Kehidupan boleh menjadi pembunuh jika manusia tidak pandai untuk mengawalnya……………..
Kerna kita yang mengawal kehidupan
Jangan biarkan kehidupan yang mengawal kita
Jika itu berlaku maka musnahlah masa depan……..
Jadi kawalah kehidupan untuk menjamin masa depan……
Renug-renungkan kehidupan anda sekarang…..
Jauhilah kehidupan yang memusnahkan diri……

Friday, September 16, 2011

DaLAm kESuNYiAn HaTi...

bila kesunyian melanda
hati resah tiada terkira
jiwa pun bergelora
tanda kita di tinggalkan keseorangan

ketika inilah perlunya seorang peneman
peneman yang setia
yang sudi menjadi pendengar cerita suka dan duka
yang sudi berkongsi cerita
yang sudi bergelak ketawa
bagi menghiburkan hati yang lara.........

dialah permata yang dicari
yang perlu ku temui
untuk menemani dimalam yang sunyi
untuk mengisi kekosongan di ruang hati......

ya ALLAH tolonglah diri ku
temukanlah aku dengan kekasih mu
ya ALLAH berikanlah aku
hidayah dan petunjukmu.....
dalam mencari erti hidup ini...

Sunday, July 10, 2011

PROGRAM MOTIVASI DAN JATI DIRI `11

setelah sebulan bertungkus lumus akhirnya program motivasi dan jati diri berlangsung dengan jayanya pada 7 - 9 julai 2011 walaupun bnyk lompang dlm program tersebut tp semuanya happy dlm program itu...hehehhe
bnyk pengalaman dan rkan2 baru yg dikenali....

bnyk ragam dapat dilihat......ada sahaja lagak yg mencuit hati.........telatah peserta la.....lebih2 lagi telatah fasi2 yg bnyk memberi sumbangan dlm menjayakannya......
terima kasih dan seribu penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung......semoga kita akan bekerjaama lagi dalam majlis yang lain.....

Thursday, May 5, 2011

CINTA...

Cinta………
Cinta itu buta..
Cinta itu membawa bahagia..
Cintu itu membawa sengsara….
Cinta itu juga membawa sebuah derita…
Apa erti cinta sebenarnya…
Aku tak mengerti…

Bagi aku…
Definisi CINTA bagiku bukan satu…

Cinta pada ALLAH
Cinta ALLAH tidak mengecewakan
Cinta ALLAH tidak membebankan
Cinta ALLAH membahagiakan
Cinta ALLAH tidak melalaikan
Cinta ALLAH sebuah cinta yang hakiki
Cinta ALLAH sebuah cinta yang sejati
Tidak rugi jika kita merebut cinta ALLAH…

Cinta pada KELUARGA
Cinta KELUARGA sungguh mendamaikan
Cinta KELUARGA amat bererti
Cinta KELUARGA amat disanjungi
Cinta KELUARGA yang dicari
Cinta KELUARGA bertakhta dihati
Kerana cinta KELUARGA amat suci dan murni…

Cinta pada TEMAN
Cinta pada TEMAN tidak akan hilang ditelan zaman
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang sejati
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang dicari
Cinta pada TEMAN tidak boleh diganti
Cinta pada TEMAN tidak boleh dikhianati
Cinta pada TEMAN amat istimewa
Kerana cinta pada TEMAN akan membawa secebis harapan apabila kita kehilangan orang yang paling kita sayangi…..

Cinta pada KEKASIH
Cinta KEKASIH cinta yang dinanti
Cinta KEKASIH amat bererti
Cinta KEKASIH hanya sementara
Cinta KEKASIH cinta yang akan membawa derita jika tiada keserasian antara pencinta
Cinta KEKASIH cinta yang akan membutakan mata hati seseorang pabila terjerat dengan sebuah cinta yang belum pasti menjadi miliknya
Cinta KEKASIH cinta yang menjerat manusia ke dunia khayalan
Tetapi cinta KEKASIH membawa bahagia kepada yang betul-betul menghayati cinta KEKASIH….

Cinta pada ALAM
Cinta pada ALAM cinta yang mendamaikan jiwa
Cinta pada ALAM tiada hadnya
Cinta pada ALAM akan memberi seribu ketenangan
Cinta pada ALAM beri satu kepuasan yang amat tinggi darjatnya
Cinta pada ALAM tidak akan menimbulkan persengketaan kerana setiap manusia bebas mencintai ALAM…..

Cinta pada HAIWAN
Cinta yang dicari bila berduka
Cinta pada HAIWAN akan membawa kepada kepuasan
Cinta pada HAIWAN dapat kita berkongsi suka dan duka
Cinta pada HAIWAN tidak akan melukakan hati kita
Cinta pada HAIWAN cinta yang setia…
Kerana HAIWAN tidak pandai berkata-kata tetapi haiwan boleh menjadi pendengar yang setia…..

Itulah definisi cinta bagiku……
Carilah cinta yang betul-betul membawa kebahagiaan pada kita di dunia dan di akhirat nanti…




Monday, March 28, 2011

pRojEk MeGa BaKtI sIsWA 2011

pada hari sabtu dan ahad lepas aku terlibat dengan projek mega bakti siswa. proejk ini adalh untuk memenuhi kursus bakti siswa. pelbagai pengalaman ditimba......aku nk ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama fasi group aku cik syuhada dan fasi group kwn aku en ashaari yang banyk mmbantu....terima kasih juga buat ahli2 group aKU yang memberi komitmen yang bagus sepanjang program.....

first day aku hanya berkeliaran di sekitar stadium kerana tempat untuk mengedar flayers di tukar...so terpaksa dibatalkan acara tersebut.....pada tersebut jugalah aku menghadpi tekanan yg kecil akibat dari kesilapan yg tk sepatutnya berlaku......dalam hal ini tiada siapa yg salah....aku anggap ini sebagai satu pengajaran apabila berhadapan dengan orang yang berpangkat.......



second day aku terus bergerak ke dwan banjir........aktvt hari itu adlah gotong royong........

yang paling tkdpt dilupakan bila kami melakukan khdmat masyarakat dng membersihkan kawasan sekitar perumahan serdang......dari dewan banjir hinggalah ke taman perumahan....pelbagai gelagat dapt dilihat.....

tp yg aku sedih aku tk dapat nk derma darah........nk derma! nk derma!.........



pastu time tegk pertandign dikir barat dan boria....yg paling best boria yg dipersembahkan oleh budak lelaki sekolah rendah.....mereka telah menjadi mamu deng perut buncitnya dan topi yg tinggi mcm baldi.......aku respect la diorang....suara pun best......

patu tibalah time penutup program.......pentup yang ringkas tapi penuh warna warni.........

maka tamatlah program mega bakti siswa........

sekian....jumpa lagi dalam coretan seterusnya....bye2

Friday, March 11, 2011

rintihan sekeping hati

adakah perlu aku lalui semua ini seorang diri,
dimana janjimu wahai pujaan,

dimanakah dirimu bila aku memerlukanmu,
aku tercari-cari,
aku ternanti-nanti,
aku tertunggu-tunggu,
kehadiran mu ke sisiku........

perlukah aku merayu,
perlukah aku meronta,
perlukah aku memberontak,
hanya untuk berjumpa denganmu.......

jika itu yang perlu aku lakukan,
dimana sifat budiman mu,
dimana sifat kasih dan sayang mu,
dimanakah sifat memahami mu,
sehingga aku menjadi tak keruan seperti ini......

oh tuhan,
aku tidak sanggup lagi menanti,
tidak sanggup lagi bergenang dengan air mata,
tolonglah diriku keluar dari masalah ini,
aku perlukan kedamaian,
aku perlu ketenteraman,
aku perlukan kebahagian,
aku perlukan kegembiraan,
dalam meneruskan kehidupan dunia yang fana ini...........

janganlah dikau buat aku begini,
jangan dikau mendustai aku,
jangan kau bohongi aku,
jangan kau tinggalkan diriku,
kasihanilah diriku,
aku tidak sanggup berpisah dengan mu...........

bersama dengan mu,
adalah saat yang paling manis dalam hidupku........

ku ingin melayari bahtera kegembiraan dengan dirimu,
aku harap dikau mengerti,
aku harap kau memahami,
aku harap kau bersedia,
jika kau tidak lagi bersama mu,
tapi..bukan itu yang ku harapkan,
bukan itu yang aku pinta,
bukan itu yang aku inginkan,
yang aku inginkan adalah bersama dengan mu sampai ke hujung nyawa.........

jika itu tercapai,
maka sempurnalah hidupku,
tiada kata yang dapat aku ungkapkan,
tiada kata yang dapat aku zahirkan,
betapa gembiranya aku pabila berada disamping mu......wahai kekasih..........

Monday, March 7, 2011

as salam semua......dh lama rasanya tk update halaman ni......
minggu lepas minggu yang sungguh mengembirakan,mendebarkandan menyedihkan
gembira.........
aku dipilh tuk mnjadi fasilitator di sebuah sekolah(SMART) kat teluk intan perak.....happy giler masa tuh...
so malam sabtu aku dan rombongan bergerak kesana......samapai jer sana telah berlaku tradegi kepada salah seorang fasi diman dia terjatuh dalam longkang besar kat sekolah tuh.....nk gelak tk samapi hati tp tersemyum jugalah aku masa tu......kisan aku tegk fasi tuh......
pagi keesokkan aku pun jlnkn tugas sebagai fasi....sungguh seronok......

adik2 kat situ pun spoting gilerrr....aku sayang nga diorang..bkn syang sbg kekasih...syng sebg adik dan abang jerr..jgn fikir negatif ok......
mcm2 pengalaman aku dapat.....dpt main..dapt mkn...dapt ilmu...dapt berkongsi pengalamn..pendek kata mcm2 ala...mcm2 ada.......
dan yg paling penting akujumpa 2 orng kanak2 yg riang gilerrr.....
ni lah budknya.......diorang ni anak warden asrama tuh...mmg giler2 budak ni.....yg paling penting diorang dh pandai sebut MOTIF!!!!!!!!!!......hahahahha......lepas ni tk taulah mcm mana mak bapak dia nk pulihkan anaknya pulk......hhhahahahaha
aku dapat 9orang student......4 laki dan 5 perempuan...yang laki sangt best.....dan yg perempuan tk kurang hebatnya...cuma ada sorang jerr yg tk semyap sikit......aku pun tk nk ckp....dia mcm blur bila aku ckp...tk tau dia paham kerr tak.....




mendebarkan........
perasaan ini tiba apabila aku rasa aku tk sempt nk habiskan assigment BBI2420...tp alhamdullilah...siap juga akhirnya...

menyedihkan........
setiap pertemuan akan ada perpisahan......so aku terpaksa tinggalkan adik-adik ku kat SMART setelah 2 hari bersama mereka...pelbagai kisah suka dan duka dikongsi bersama.......adanya menlucukan, adanya menyedihkan...biasalah manusia ada pelbagai masalah...so aku akn kenang masa tu sampai bila2......
mereka telh melengkapkan hujung minggu aku.......

oklh...tamat sudah coretan aku buat kali ni...jumpa lagi...bye2....

Monday, February 14, 2011

SAHABAT SEJATI

sahabat insan yang sejati,
tidak mendambakan balasan sebagai ganti,

sahabat insan yang disanjungi,
bukan wang ringgit yang menjadi idaman hati,
tetapi kasih sayang seorang sahabat yang dicari,

sahabat insan berbudi pekerti,
tidak pernah mementingkan diri,
sebaliknya sentiasa menjaga hati orang yang dipanggil sahabat,

sahabat insan mulia,
tidak pernah meminta-minta,
tidak pernah membuat sahabatnya menderita,
tidak pernah membuat sahabatnya sengsara,
sebaliknya persahabatan yang dibina atas dasar kasih dan sayang menjadi tunjan untuk kita mencari kebahagian di dunia dan di akhirat,

sahabat insan yang tiada tandingan,
wang yang berjuta,
harta yang bertimbun,
tidak dapat menandingi sucinya ikatan persahabatan yang sejati,

sahabat insan yang memahami,
sentiasa mendengar luahan hati sahabatnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,
itulah digelar sahabat yang sejati,

sahabat insan yang berhati murni,
tiada perasaan untuk menandingi,
tiada perasaan hasad dan dengki terhadap sahabatnya yang sentiasa dihati,

sahabat insan yang dihormati,
insan yang paling dirindui apabila berada berjauhan,
insan yang paling dinganti apabila berada dipersimpangan dilema,
insan yang menjadi tempat mengadu,
insan yang menjadi tempat untuk melepaskan sendu dan tangis,
insan yang menjadi tempat untuk kita melepaskan rindu......

sahabt insan yang dicari untuk dijadikan tempat kita berkongsi kegembiraan dan tempat kita berkongsi kedukaan,
sahabat insan yang sentiasa diingati,
walau jauh dimata tetapi dekat dihati kerana insan yang bergelar sahabat telah mendapat tempat di hati....

sahabat yang sejati adalah idaman idaman setiap insan di dunia yang fana ini....

semoga ikatan persahabatan ini kekal sampai ke akhirat nanti.....

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabatku yang sejati...

akan ku kenang jalinan persahabatan yang dibina atas dasar ketulusan dan keikhlasan yang terbit dari hati yang nurani sampai ke akhir hayat.....

INGAT!!! sahabat merupakan salah serorang yang akan memberi seribu kebahagian di dunia ini...hargailah insan yang bergelar seorang sahabat.......


sekian coretan kali ini...bye2

Sunday, February 13, 2011

coretan hari minggu....

minggu ni aku sibuk dengan test........hari minggu pun ada test......hari tu hari ni lah......otak aku ni penuh dengan fakta sejarah kerna aku test tamadun islam dan tamadun asia dan hubungan etnik hari ni......
soalan yang keluar agak senang tp kena baca berulang kali.....soalan dia tk direct......hahahahaha........
tamadun senang sikit tp hubungn etnik agak susah......soalannya berkisar ttg konsep jerrr.....manalah aku hafal semua tuuu....so pening juga lah otak aku pikir cari jawapan.....
bnyk jugalah jawapn yg aku tukr kerana tk pasti...tp jwpn tu bllm tentu betul....
2 paper ni dah lepas....so aku malas nk fikir2 lg........

lepas jerrr test hubungn etnik terus ambil buku bahasa arab sebb test bahasa arab akan menjelma pada hari selasa ni....walaupun cuti...tp test tetap dijalankan...kesiankan.....huhuhuhu
orang lain sedap cuti...aku pula sibuk dengan test.......

sekian coretan kali ni...jumpa lagi....bye2

Saturday, February 12, 2011

suka suki cuti mid sem 2011

cuti mid sem aku dimulakan dengan menyertai lawatan dua hala ke uitm kota bharu, kelantan. pengalaman yang menarik dan telh memberi bnyk pengalaman kepada ku......
lawatan selama 3 hari 2 malam tu aku dapat melihat bnyk gelagat manusia yang mengikuti lawatan tersebut...
sebenarnya lawatn tu yg paling best adalh bab ronda kelantan dan mlm kebudayaan..
ronda kelantan: plbagai tempat dikunjungi......antaranya muzium negeri, wakaf che yeh, pekan rantau panjang, pasar siti khadijah dan lain - lain
di wakaf che yeh bnyk tragedi berlaku.....first, tragedi yang melibatkan seorang kwn dan scnd aku dan syifa sesat disana.....salah msk jalan daaa....tp nasib baik jumpa balik jlan yg betul....kalau tk tido distu la jwbnya kami mlm tuuuuu......

keesokn harinya kami meneruskn perjalann ke pekan rantau panjang.....perjlnn yg mengambil masa kurng 2 jam telh mencuti hati ku dgn gelat kwn perempuan yg menjumpai anak patung yg murh...ape lg borong sakan la mereka....ada yg borong sampai dua tiga anak patung........aku hnya beli kain batik jerr tuk mak kat kmpung......tk tau nk beli ape sebenrnya....sbb aku mmg asal kelantan so tengk jerr diorang beli...hahahaha
so ape lg..masa pulng ke home beach resort........bas dipenuhi dgn anak patung mereka......smpai kat pusat kawaln...seorang pengwl keselmtn check my bus....diorang ingt kita pergi beli beras siam....hahahaha
so yg jmpa hnya ank patung jerrr......hahahahha...lps tu kami singgah di masjid yg bentuknya macam tokong cina....sbbnya majsid tu direka oleh arkitek  yg berbngsa cina....diorang ini pun berangan la mcm kat beijing gitu......


balik dari shopping di pekan rantau panjng....kami buat malam kebudayaan dan makan BBQ.....yg paling menarik mlm kebudayaan...ada yg nyanyi,ada yang berlakon dan ada jugk yg buat boria....group aku nyanyi jerr la...medley algu kenangn......yg paling lakonn.....situasi pekan rantau panjng.......yg paling best guna dialek kelantan....citernya berkisar antr 3 orng peniaga kain batik...masing2 pancing pelanggn dng ayat manis so adalah 2 pelnggn datang...mereka singgh di kedai yg pertama....tiba2 peniaga ke2 tarik pelanggn tu pergi kedai dia...apalagi mengamuk la peniaga 1 ni....~bakpo mu ambik pelangge aku nyo~...~aku tk ambik..dio nk mr keda aku~....~nipu!!!mu curi pelngge aku~......~dh mu tk panda nk jgo pelngge~   tulh antra dialognya....kelakar giler kot tegk diorang....... tengh mereka gaduh ada lh seorng akak ni datng....aka tu bg nasiht.....kedua2nya tk dgr nasihat tu....tiba2 akak tu keluarkan pistol....rupa2nya akak ni polis...hahahaha.....so mereka berbaik la.......mlm tu mmg happening giler la......rugi sape yg tk join.......


keeskn harinya kami bertolak balik....sblm blk kami singgh di pasar siti khadijah.....sekali lagi mereka borong barang...kali ni pakaian pulk.....aku tgk jerr la...kat sana aku cuma beli kain sarung lelaki tuk bapa dan pak saudara aku jerr......


pastu kmi bertolak balik....aku tk blk bersama diorang kerna ayah datng ambik hari tuuu....happy sngt bila dapt balik rumah.....hehehehe

balik jerr rumah terus buat aktvt kedua cuti mid sem......urus abang aku khwin...sediakan brng hntrn dan lain2...




...pelbagai gelagat dapt dilihat...sungguh mencuit hati.....aku happy sngt bila dapt bersama keluarga...part yg paling besr adalh time buka hadiah abang aku,......pelbagai reaksi dari keluarga.....bukan pasal hadiah yang dapt tp lawak yg dibuat oleh my uncle.....hahahaha......tp mlm tu adalh mlm last aku bersama keluarga kerna esk harinya aku kena upm dah....huhuhu.....sedihnya...tingglkn keluarga lg.....kerinduan terus menyelubungi aku......rindu yg teramat sngt buat keluarga......


tamatlah cuti mid sem aku.....aku dtng upm deng bas...biasa kelurga hntr...tp kali ni nk ambik pengalamn naik bas pulk...so aku semt tiba di upm keesokkn hari nya..........

tamatlh coretan aku buat kali ni.....jumpa lagi......bye2

Friday, February 11, 2011