Wednesday, September 5, 2012

Nasi Ayam Serai Sri Dewi Malam


haiii uolsss..hari iolsss nak kongsi resepi lagiiii....hari ke 5 puasa sunat syawal..mcm2 nak makan...so iolsss masak la resepi ni.....selamat mencuba;;;:)-




 





 
Nasi Ayam Serai Sri Dewi Malam

BAHAN NASI AYAM :-)
3 cawan beras: cuci dan toskan
6 cawan air
1 camca besar penuh mentega atau marjerin
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN PEMERAP AYAM :-)
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh penuh jintan kasar*
1 camca teh penuh jintan halus*(*digoreng tanpa minyak hingga harum, sejukkan)
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
1 camca besar sos tiram
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh madu
Garam secukup rasa
Perasa

BAHAN UNTUK SUP :-)
1 paket sup siam
3 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Perasa

BAHAN SAMBAL :-)
6 batang cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 camca besar gula perang
Garam secukup rasa
Perasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan timun, secukupnya
Hirisan tomato, secukupnya
Daun salad
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tepung beras secukupnya, untuk menyalut ayam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK AYAM :- Kisar ketumbar, jintan halus, jintan kasar, serai, bawang putih, lengkuas hingga halus. Tuang pada ayam yang telah disejukkan tadi. Tambah serbuk kunyit, sos tiram, madu dan garam secukup rasa. Gaul rata2 dan perap semalaman atau 6 jam. Kemudian, tabur tepung beras pada ayam tadi, gaul rata2 dan goreng terendam hingga bahagian luarnya garing. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan bawang kekuningan. Tuang air. Didihkn air sehingga mendidih masukkn ayam. Campur dengan sup bunjut, daun sup yang dipotong kasar, perasakan dengan garam secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK NASI AYAM SERAI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis halia, bawang putih, 1 helai daun pandan, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan beras, dan goreng 5 minit. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi. Tuang air. Tambah garam secukup rasa dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar betul2 masak dan gemburkan. Matikan api bila masak
  4. UNTUK SAMBAL :- Kisar bahan2 untuk sambal kecuali garam dan gula, hingga lumat. Tuang dalam periuk, tambah gula dan sedikit garam. Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika dah masak boleh matikan api. Sejukkan.

Tuesday, September 4, 2012

Laksam Idaman Malaya

haiii uollsss..hari ni my mom buat laksam...so iolsss tolong la apa yg patut...hehe...mmg best..lama dah iolsss tk makan...hari ini dapat makan laksam...so iolsss nak kongsi resepi..hehe



Laksam Idaman Malaya

Bahan-Bahan
500 gram tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
5 cawan air

Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Leserkan loyang/tudung periuk dengan sedikit minyak.
4. Masukkkan adunan tepung tadi ke atas loyang/tudung periuk mengikut tebal yang anda suka.
5. Kukus sehingga timbul gelembung-gelembung udara.
6. Keluarkan dari periuk kukusan dan gulung sewaktu laksam masih panas.

Kuah Laksam

10 ekor isi ikan selayang
500ml santan pekat.
1 liter air
10 ulas bawang merah - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar halus
3 inci halia - dikisar halus
5 keping asam keping
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
Sedikit belacan jika suka
Sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa.

1. Blendkan isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia bersama air...pastu campur santan
2. Panaskan  bahan2 campuran tadi sambil di kacau perlahan-lahan.
3. Masuk, asam keping, lada hitam, garam dan gula serta belacan.
4. Kacau hingga mendidih ( mendidih sekejap sahaja agar tidak pecah minyak)
5. Dah siap bolehlah dihidang dengan laksam bersama ulam2 kegemaran anda

Monday, September 3, 2012

Nasi Ayam Ala Asia

haiii..iolsss nak kongsikan resepi hari ni....nasi ayam ala asia....menu ni untuk berbuka puasa iolsss dan my mom...mmg sedap...iollsss tak mau cakap banyak sbbnya kenyang sgt...so selamat mencuba :)-




  

Nasi Ayam Ala Asia


BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras wangi (cuci dan toskan)
5 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 1/2 camca besar marjerin
Pewarna kuning (sedikit sahaja)

BAHAN SUP AYAM :-)
1/5 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik

2 biji bawang merah india
5 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
Garam secukup rasa
perasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
3 biji cili kering
2 inci Halia
3 batang Serai
1.5 inci Kunyit
1 cawan Santan
Garam, gula, perasa

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goring

(untuk hari ni iollss guna timun jerr sbb malas nk p pasar cari bahan, so guna apa yg ada jerrr)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :-  Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau…masukkn air dan biarkan sehingga mendidih….masukkn ayam…biarkan sehingga ayam masak, masukkn sup siam, garam, perasa dan daun sup…biarkan ia mendidih seketika…tutup api dan letak tepi…
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang air dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras wangi patah2...tak cunn...
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :-  kisar bawang besar, halia, serai, kunyit, garam, gula, perasa, cili kering bersama santan…pindahkan bahan kisar ke dalam periuk..masukkn ayam..letak di atas api..biarkan sehingga ayam separuh masak….lepas tu.pindahkan ayam ke atas bara api..bakar sehingga masak….semasa proses memasak…sapu kuah yang dimasak bersama ayam tadi keatas ayam…sapu di kedua2 belah ayam secara selang seli…lakukn proses tersebut sehingga ayam masak…
***iollsss tak guna stok ayam sebabnya banyak lemak…iolsss dah la dalam proses menurunkan berat badan….so iolss guna air biasa jerr…

Sunday, September 2, 2012

Gubahan Rindu Puisi Syahdu

hai uolsss...pagi ni iollsss teroka gmbr2 lama dalm laptop..so sweet semuanya terimbau kenangan lalu,,,tersenyum iollss sorang2....teroka punya teroka so jumpalah beberapa keping gmbr gubahan nasi pengantin...haha...terimbau jugalah iollsss semasa menyediakn gubahan tu...punyalah bising dengan teatah iollsss...happy sgt bila dah siap...gambar ni iollsss ambik masa majlis persandingan seorang kenalan iollsss...so selamat menonton!!!! :)-











Nasi Lemak Pandan Ranjau Hidup

haiii uolsss...hari ni hari ke 3 iolssss puasa sunat syawal...hehe...alhamdulillah...so untuk menu berbuka nnti iolsss dah siapkan satu menu yang special.....yummm2...iolsss tk pernah buat benda ni....menu itu adalah Nasi Lemak Pandan Ranjau Hidup...hehehe..sungguh menyelerakan..tapi iolsss tak cuba lagi...puasakan...hehe...so mcm biasa iolsss nak kongsikan resepinya....jeng..jeng...:)


Bahan-bahan :

Nasi:-

4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Sambal:-

10 biji cili kering (rendam dan kisar halus)
1/2 kg ikan bilis
1 cawan santan
3 biji bawang besar (kisar halus)
2 biji bawang besar (hiris nipis)
5 ulas bawang putih (kisar halus)
2 inci halia (kisar halus)
2 batang serai (kisar halus)
1/2 keping belacan
1 keping asam keeping
Garam, gula, perasa ajinomoto

bahan lain:-

Telur rebus
Kacang tanah goreng dengan minyak
Timun 


cara-cara:-

1. cuci beras, masukkan air, air pandan, santan, bawang merah, serai, halia, halba, simpulan daun pandan dan garam serta sedikit pewarna hijau..tanak nasi sehingga masak...
2. untuk sambal..kisar bawang besar, cili kering, serai, halia, belacan, bawang putih...panaskan minyak tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau...masukkn garam, gula, perasa, asam keping, santan....biarkan ia mendidih selama 10 minit..selepas itu masukkn ikan bilis....masak sehingga ikan bilis menjadi lembut...selepas itu masukkan hirisan bawang besar dan masak sehingga bawang layu....tutup api dan hidangkan bersama nasi tadi, teluar rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun...

selamat mencuba

Saturday, September 1, 2012

Soto Ayam Ala Kelantan


Hai uolsss..hari ni iolsss buat masakan yang popular di johor….SOTO AYAM bersama NASI IMPIT…menu ni untuk iolsss berbuka puasa..hehehe..resepi soto ni iolss dapat daripada blog seorang yang gemar memasak….so iolssss cuba la….macam biasa iollsss main campak2 jerrr bahan2 dia…kebetulan pula hari ni family iollsss buat tahlil untuk arwah my untie….ada kari ikan tongkol, sup perut lembu, air asam perut lembu, ulam-ulaman, ikan bakar dan yang paling penting adalah BUDU..tak sah kalau orang Kelantan tak makan budu..hehehe..untuk hari ni iolsss nak kongsi resepi SOTO AYAM..sebabnya untuk menu yang lain tu my mom yg masak...so tkyah la ek..lagi pon simple jerr masakan….hehehe..tapi kan gambar soto tu tak sempat iolsss nak ambik..hari mmg busy nk siapkan lauk pauk untuk majlis tahlil malam tadi... hehehe... sorry...so iollssss tanya pak cik google la ya untuk gambar soto tuuu....


SOTO AYAM ALA KELANTAN

BAHAN KUAH SOTO :-)
1/2 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 bunjut sup bunjut Adabi/Alisa
2 camca besar rempah kurma "Adabi"
3 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
3 biji buah keras*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
Garam, gula dan perasa ajinomoto (ikut selera masing2)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Telur rebus
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, gula, perasa secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..yummmmmmmm3
  3. SAMBAL KICAP:-. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan.