Thursday, May 5, 2011

CINTA...

Cinta………
Cinta itu buta..
Cinta itu membawa bahagia..
Cintu itu membawa sengsara….
Cinta itu juga membawa sebuah derita…
Apa erti cinta sebenarnya…
Aku tak mengerti…

Bagi aku…
Definisi CINTA bagiku bukan satu…

Cinta pada ALLAH
Cinta ALLAH tidak mengecewakan
Cinta ALLAH tidak membebankan
Cinta ALLAH membahagiakan
Cinta ALLAH tidak melalaikan
Cinta ALLAH sebuah cinta yang hakiki
Cinta ALLAH sebuah cinta yang sejati
Tidak rugi jika kita merebut cinta ALLAH…

Cinta pada KELUARGA
Cinta KELUARGA sungguh mendamaikan
Cinta KELUARGA amat bererti
Cinta KELUARGA amat disanjungi
Cinta KELUARGA yang dicari
Cinta KELUARGA bertakhta dihati
Kerana cinta KELUARGA amat suci dan murni…

Cinta pada TEMAN
Cinta pada TEMAN tidak akan hilang ditelan zaman
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang sejati
Cinta pada TEMAN merupakan cinta yang dicari
Cinta pada TEMAN tidak boleh diganti
Cinta pada TEMAN tidak boleh dikhianati
Cinta pada TEMAN amat istimewa
Kerana cinta pada TEMAN akan membawa secebis harapan apabila kita kehilangan orang yang paling kita sayangi…..

Cinta pada KEKASIH
Cinta KEKASIH cinta yang dinanti
Cinta KEKASIH amat bererti
Cinta KEKASIH hanya sementara
Cinta KEKASIH cinta yang akan membawa derita jika tiada keserasian antara pencinta
Cinta KEKASIH cinta yang akan membutakan mata hati seseorang pabila terjerat dengan sebuah cinta yang belum pasti menjadi miliknya
Cinta KEKASIH cinta yang menjerat manusia ke dunia khayalan
Tetapi cinta KEKASIH membawa bahagia kepada yang betul-betul menghayati cinta KEKASIH….

Cinta pada ALAM
Cinta pada ALAM cinta yang mendamaikan jiwa
Cinta pada ALAM tiada hadnya
Cinta pada ALAM akan memberi seribu ketenangan
Cinta pada ALAM beri satu kepuasan yang amat tinggi darjatnya
Cinta pada ALAM tidak akan menimbulkan persengketaan kerana setiap manusia bebas mencintai ALAM…..

Cinta pada HAIWAN
Cinta yang dicari bila berduka
Cinta pada HAIWAN akan membawa kepada kepuasan
Cinta pada HAIWAN dapat kita berkongsi suka dan duka
Cinta pada HAIWAN tidak akan melukakan hati kita
Cinta pada HAIWAN cinta yang setia…
Kerana HAIWAN tidak pandai berkata-kata tetapi haiwan boleh menjadi pendengar yang setia…..

Itulah definisi cinta bagiku……
Carilah cinta yang betul-betul membawa kebahagiaan pada kita di dunia dan di akhirat nanti…




Monday, March 28, 2011

pRojEk MeGa BaKtI sIsWA 2011

pada hari sabtu dan ahad lepas aku terlibat dengan projek mega bakti siswa. proejk ini adalh untuk memenuhi kursus bakti siswa. pelbagai pengalaman ditimba......aku nk ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama fasi group aku cik syuhada dan fasi group kwn aku en ashaari yang banyk mmbantu....terima kasih juga buat ahli2 group aKU yang memberi komitmen yang bagus sepanjang program.....

first day aku hanya berkeliaran di sekitar stadium kerana tempat untuk mengedar flayers di tukar...so terpaksa dibatalkan acara tersebut.....pada tersebut jugalah aku menghadpi tekanan yg kecil akibat dari kesilapan yg tk sepatutnya berlaku......dalam hal ini tiada siapa yg salah....aku anggap ini sebagai satu pengajaran apabila berhadapan dengan orang yang berpangkat.......



second day aku terus bergerak ke dwan banjir........aktvt hari itu adlah gotong royong........

yang paling tkdpt dilupakan bila kami melakukan khdmat masyarakat dng membersihkan kawasan sekitar perumahan serdang......dari dewan banjir hinggalah ke taman perumahan....pelbagai gelagat dapt dilihat.....

tp yg aku sedih aku tk dapat nk derma darah........nk derma! nk derma!.........



pastu time tegk pertandign dikir barat dan boria....yg paling best boria yg dipersembahkan oleh budak lelaki sekolah rendah.....mereka telah menjadi mamu deng perut buncitnya dan topi yg tinggi mcm baldi.......aku respect la diorang....suara pun best......

patu tibalah time penutup program.......pentup yang ringkas tapi penuh warna warni.........

maka tamatlah program mega bakti siswa........

sekian....jumpa lagi dalam coretan seterusnya....bye2

Friday, March 11, 2011

rintihan sekeping hati

adakah perlu aku lalui semua ini seorang diri,
dimana janjimu wahai pujaan,

dimanakah dirimu bila aku memerlukanmu,
aku tercari-cari,
aku ternanti-nanti,
aku tertunggu-tunggu,
kehadiran mu ke sisiku........

perlukah aku merayu,
perlukah aku meronta,
perlukah aku memberontak,
hanya untuk berjumpa denganmu.......

jika itu yang perlu aku lakukan,
dimana sifat budiman mu,
dimana sifat kasih dan sayang mu,
dimanakah sifat memahami mu,
sehingga aku menjadi tak keruan seperti ini......

oh tuhan,
aku tidak sanggup lagi menanti,
tidak sanggup lagi bergenang dengan air mata,
tolonglah diriku keluar dari masalah ini,
aku perlukan kedamaian,
aku perlu ketenteraman,
aku perlukan kebahagian,
aku perlukan kegembiraan,
dalam meneruskan kehidupan dunia yang fana ini...........

janganlah dikau buat aku begini,
jangan dikau mendustai aku,
jangan kau bohongi aku,
jangan kau tinggalkan diriku,
kasihanilah diriku,
aku tidak sanggup berpisah dengan mu...........

bersama dengan mu,
adalah saat yang paling manis dalam hidupku........

ku ingin melayari bahtera kegembiraan dengan dirimu,
aku harap dikau mengerti,
aku harap kau memahami,
aku harap kau bersedia,
jika kau tidak lagi bersama mu,
tapi..bukan itu yang ku harapkan,
bukan itu yang aku pinta,
bukan itu yang aku inginkan,
yang aku inginkan adalah bersama dengan mu sampai ke hujung nyawa.........

jika itu tercapai,
maka sempurnalah hidupku,
tiada kata yang dapat aku ungkapkan,
tiada kata yang dapat aku zahirkan,
betapa gembiranya aku pabila berada disamping mu......wahai kekasih..........

Monday, March 7, 2011

as salam semua......dh lama rasanya tk update halaman ni......
minggu lepas minggu yang sungguh mengembirakan,mendebarkandan menyedihkan
gembira.........
aku dipilh tuk mnjadi fasilitator di sebuah sekolah(SMART) kat teluk intan perak.....happy giler masa tuh...
so malam sabtu aku dan rombongan bergerak kesana......samapai jer sana telah berlaku tradegi kepada salah seorang fasi diman dia terjatuh dalam longkang besar kat sekolah tuh.....nk gelak tk samapi hati tp tersemyum jugalah aku masa tu......kisan aku tegk fasi tuh......
pagi keesokkan aku pun jlnkn tugas sebagai fasi....sungguh seronok......

adik2 kat situ pun spoting gilerrr....aku sayang nga diorang..bkn syang sbg kekasih...syng sebg adik dan abang jerr..jgn fikir negatif ok......
mcm2 pengalaman aku dapat.....dpt main..dapt mkn...dapt ilmu...dapt berkongsi pengalamn..pendek kata mcm2 ala...mcm2 ada.......
dan yg paling penting akujumpa 2 orng kanak2 yg riang gilerrr.....
ni lah budknya.......diorang ni anak warden asrama tuh...mmg giler2 budak ni.....yg paling penting diorang dh pandai sebut MOTIF!!!!!!!!!!......hahahahha......lepas ni tk taulah mcm mana mak bapak dia nk pulihkan anaknya pulk......hhhahahahaha
aku dapat 9orang student......4 laki dan 5 perempuan...yang laki sangt best.....dan yg perempuan tk kurang hebatnya...cuma ada sorang jerr yg tk semyap sikit......aku pun tk nk ckp....dia mcm blur bila aku ckp...tk tau dia paham kerr tak.....




mendebarkan........
perasaan ini tiba apabila aku rasa aku tk sempt nk habiskan assigment BBI2420...tp alhamdullilah...siap juga akhirnya...

menyedihkan........
setiap pertemuan akan ada perpisahan......so aku terpaksa tinggalkan adik-adik ku kat SMART setelah 2 hari bersama mereka...pelbagai kisah suka dan duka dikongsi bersama.......adanya menlucukan, adanya menyedihkan...biasalah manusia ada pelbagai masalah...so aku akn kenang masa tu sampai bila2......
mereka telh melengkapkan hujung minggu aku.......

oklh...tamat sudah coretan aku buat kali ni...jumpa lagi...bye2....

Monday, February 14, 2011

SAHABAT SEJATI

sahabat insan yang sejati,
tidak mendambakan balasan sebagai ganti,

sahabat insan yang disanjungi,
bukan wang ringgit yang menjadi idaman hati,
tetapi kasih sayang seorang sahabat yang dicari,

sahabat insan berbudi pekerti,
tidak pernah mementingkan diri,
sebaliknya sentiasa menjaga hati orang yang dipanggil sahabat,

sahabat insan mulia,
tidak pernah meminta-minta,
tidak pernah membuat sahabatnya menderita,
tidak pernah membuat sahabatnya sengsara,
sebaliknya persahabatan yang dibina atas dasar kasih dan sayang menjadi tunjan untuk kita mencari kebahagian di dunia dan di akhirat,

sahabat insan yang tiada tandingan,
wang yang berjuta,
harta yang bertimbun,
tidak dapat menandingi sucinya ikatan persahabatan yang sejati,

sahabat insan yang memahami,
sentiasa mendengar luahan hati sahabatnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,
itulah digelar sahabat yang sejati,

sahabat insan yang berhati murni,
tiada perasaan untuk menandingi,
tiada perasaan hasad dan dengki terhadap sahabatnya yang sentiasa dihati,

sahabat insan yang dihormati,
insan yang paling dirindui apabila berada berjauhan,
insan yang paling dinganti apabila berada dipersimpangan dilema,
insan yang menjadi tempat mengadu,
insan yang menjadi tempat untuk melepaskan sendu dan tangis,
insan yang menjadi tempat untuk kita melepaskan rindu......

sahabt insan yang dicari untuk dijadikan tempat kita berkongsi kegembiraan dan tempat kita berkongsi kedukaan,
sahabat insan yang sentiasa diingati,
walau jauh dimata tetapi dekat dihati kerana insan yang bergelar sahabat telah mendapat tempat di hati....

sahabat yang sejati adalah idaman idaman setiap insan di dunia yang fana ini....

semoga ikatan persahabatan ini kekal sampai ke akhirat nanti.....

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabatku yang sejati...

akan ku kenang jalinan persahabatan yang dibina atas dasar ketulusan dan keikhlasan yang terbit dari hati yang nurani sampai ke akhir hayat.....

INGAT!!! sahabat merupakan salah serorang yang akan memberi seribu kebahagian di dunia ini...hargailah insan yang bergelar seorang sahabat.......


sekian coretan kali ini...bye2