Thursday, March 14, 2013

Asas Grafik Punya Kerja

entry kali ini tentang tugasan Multimedia....aduhhhh!!! huru hara 1 kelas dibuatnya.....asas grafik punya pasal mcm2 ragam dapat kami lihat..ada yg stress ada yang enjoy....kami punya kumpulan enjoy je buat tugasan tu...tapi kalut jugalah masa last2 tu...nombor tkde dalam majalah pula....so terpaksalah buat nombor sendrii....lec. pula nak tepat2 kul dua....nasib baik sempat hantar....tapi gmbr tk sempat nk snap bnyk....



tukang ambil gmbr pula p buat video....so nasib baik la saya ni pandai bab2 nk tipu2 ni....so copy dan paste la dari video jd gmbr....so adalh gmbr kami tu....cAntik punya posing....minggu depan ada tugASAN lagi....
bye2...tunggu entry seterusnya...

PENTING!!!!!! Pelajar UPM sila ambil perhatian

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM BACELOR,
DIPLOMA DAN ASASI SAINS PERTANIAN, UPM

Dengan  hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Akademik, Universiti Putra Malaysia memerlukan maklumat data “Jenis Sekolah/Institut” untuk dipenuhi oleh semua pelajar program Bacelor, Diploma dan Asasi Sains Pertanian, UPM  di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP), Anjung Pelajar (menu MyProfil). Maklumat data “Jenis Sekolah/Institut”   hendak diisikan di dalam menuMyProfil. Mohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan maklumat Jenis Sekolah/Institut dalam MyProfil sebelum 20 Mac 2013.
Sila ikut arahan berikut:-
a. Langkat pertama : Sila Login ke Sistem SMP (Id pengguna dan kata laluan).
b. Langkah kedua   : Pergi ke menu dan klik MyProfil.,
c. Langkah ketiga    : Pilih tab “KELAYAKAN AKADEMIK’ dan skrol ke bawah iaitu tajuk “Sejarah Akademik.,
d. Langkah keempat : Klik butang TAMBAH untuk untuk mengisi maklumat SEKOLAH, iaitu Tarikh Masuk, Tarikh Tamat, Nama Sekolah/Institut, Jenis Sekolah, Keterangan dan Sijil Sekolah/Institut.
e. Langkah kelima :Kemudian tekan butang KEMASKINI jika tindakan sudah selesai
Kerjasama Tuan/Puan  untuk mengisi maklumat data “Jenis Sekolah”  amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENCALONAN PEMENANG HADIAH UNIVERSITI SESI 2012/2013

Perhatian kepada semua pelajar UPM  tahun akhir (yang akan bergraduat pada tahun 2013) yang memperolehi  CGPA 3.75 keatas sekiranya berminat untuk memohon Hadiah Universiti sesi 2012/2013, Sila berhubung dengan Fakulti masing-masing bagi penerangan terperinci mengenai Hadiah Universiti  atau boleh berhubung dengan Urusetia Jawatankuasa Hadiah Universiti  En. Husalshah Rizal bin Hussian di talian 03-89466026/017-6024119 atau En. Farell bin Jamaluddin di talian 03-86466250 di Bahagian Akademik tingkat 1 Bangunan Pentadbiran UPM.
Urusetia Jawatankuasa Hadiah Universiti, Bahagian Akademik UPM 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

To All Bachelor Student (Full Time),
Please be informed that the result for application of grade review and "Fail and Terminated " status will be released on 15th Mac 2013 and will be available at the counter of Academic Division. Thank you.
Nabihah Binti Abdol Razak
Assistant Registrar
Academic Division
Universiti Putra Malaysia
Tel : 03-89467822
Faks : 0389426469

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


ANNOUNCEMENT

A reminder to students who have registered for UPM-TOCIE on 16 March 2013 (Saturday) 
    1   Please report at BK07 Kompleks Akademik E,  30 minutes before the test.
    2   Candidates MUST bring the following:
  1. Matric card or identification card
  2. Certified true copy of MUET results
  3. TOCIE test registration slip 
    Latecomers will not be allowed to sit for the test.

Tuesday, March 12, 2013

Kalendar 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam 1 Sabah, dan salam 1 lahad Datu...

Semoga kekecohan yang berlaku di Lahad Datu pulih sepenuhnya dan kepada rakyat di sana banyak bersabar dan berdoa kepada Allah supaya menghentikan peperangan tersebut...bukan itu yg mahu saya konsikan di sini...yang menjadi tajuk pada entry kali ini ialah KALENDAR 2014..beberapa hari yang lepas saya menerima tugasan baru (tugasan lagi...yang dulu pun tk siap lagi) iaitu membuat kalendar 2014... saya dah cuak dah...macam mana nak buat kalendar ni...tapi bila dah belajar...akhirnya saya dapt siapkan juga beberapa keping kalendar....saya baru siapkan kulit depan, kalendar januari hingga september...3 bulan lagi belum siap..maklumlah final year busy (padahal membusykan diri je)..oklah sampai sini dulu entry kali ini... saya kongsikan bulan jun tuk kalendar 2014 yang telah saya siapkan...yg lain tunggu entry seterusnya...




bulan jun 2014


Friday, March 8, 2013

Cerita 3 Sekawan



Malisa, nora dan yati tiga sekawan yang telah berkawan selama 2 tahun lebih..mereka mula berkenalan ketika mereka mula2 menjejakkan kaki ke universiti teknologi malaysia..3 sekawan ini ibarat aur dengan tebing, gigi dengan lidah, pahat dengan penukul, lagu dan irama, bulan dan bintang, langit dan bumi…kemana sahaja mereka pergi mereka akan selalu bersama, ketawa bersama, menangis bersama…
Kehidupan mereka sentiasa ceria..kadang2 orang yg melihat mereka berasa cemburu dengan sifat ceria mereka…bagai tiada masalah melanda mereka…kesedihan bukan menjadi peneman dalam kehidupan 3 sekawan ini..

Tapi semua itu berubah apabila masuk tahun ketiga mereka bersama…akibat salah faham semuanya hancur….malisa mengatakan, nora seperti talam dua muka, di hadapannya semuanya manis bak madu, tapi bila di belakangnya pahit seperti hempedu…salah faham itu telah membuatkan hubungan yg terjalin putus dan hanyut dibawa arus deras…makin memburukkan keadaan apabila mereka berdua masing-masing mempertahankan ego masing2 dan sering berbalas komen dalam facebook… yati pula hanya mendiamkan diri…dia mengambil langkah selamat..tidak menyebelahi mana2 pihak….

Sesi bermasam muka pon bermula..daripada suasana ceria dalam hidup 3 sekawan ini terus merubah mendung diiringi oleh gurau dan kilat…dan menunggu hujan untuk jatuh ke bumi..hubungan yg dibina telah hancur retak…. Tiada siapa yang tahu siapa yang bersalah..masing2 ada alasan kenapa berbuat begitu…
Perbalahan malisa dan nora makin parah..apabila mereka silap pilih kawan untuk bercerita terutama malisa…nora hanya bercerita kepada mereka yg boleh menyimpan rahsia dan nora amat bertuah..kawan2nya yang lain sentiasa bersama dan sentiasa memberi motivasi dan semangat kepadanya…akhirnya nora menerima nasihat kawan2nya dan telah mengambil keputusan untuk tidak berbalas komen lagi di facebook sebaliknya membiarkan perkara ini pulih dengan sendirinya…dia menjarakkan diri daripada malisa…membawa diri untuk kebaikan semua pihak…

Tapi malang bagi malisa..dia silap memilih kawan untuk bercerita…kerana kawan2nya itu menyokong tindakannya bergaduh dengan nora…malisa semakin benci dan marah kepada nora apabila kawannya itu mengapi-apikan dan menyatakan bahawa nora yang bersalah..akhirnya malisa termakan dengan kata-kata kawannya itu yang boleh diibaratkan sebagai kata yang keluar dari mulut tanpa memikirkan kebaikan dan keburukannya terlebih dahulu

Masila telah menyertai kumpulan lain…sentiasa bersama ke sana kemari…aktiviti mengumpat mencarut menjadi peneman…tapi nora membawa diri menyertai kawan2nya yang lain….nora tidak memilih kawan sebaliknya cuba untuk bermesra dengan semua orang…

Akhirnya hubungan 3 sekawan itu hancur, putus, hanyut dibawa arus,, tiada lagi suasana ceria mendampingi 3 sekawan ini….sampai bila hubungan mereka harus begini tiada siapa yang tahu…biarlah masa yang menentukan..kita sebagai kawan cubalah untuk membantu dengan memberi kata semangat dan cubalah satukan hubungan mereka ini….

Sekian.

Ibu Sentiasa menjadi mangsa anak-anak



Ibu yang menjadi mangsa……
Ketika ini..ramai ibu yang menjadi mangsa dan sering kecewa dengan sikap anak-anak mereka..itu tidak termasuk lagi dengan suami yang tidak tahu menghormati dan menghargai seorang isteri yang setia menemaninya sepanjng masa…
Anak-anak sering kali membuat hati seorang ibu dilanda duka dan kecewa sehingga tiada lagi ubat atau penawar yang mampu mengubati kegurisan hatinya…tapi seorang ibu tidak menunjukkan kekecewaannya di hadapan anak-anaknya..kerana apa? Kerana seorang ibu tidak mahu menyebabkan anaknya sedih…tapi anak? Anak tanpa segan silu dan berfikir panjang terus menerpa ibunya untuk memuntahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara…
Itulah ibu…walaupun hatinya terguris tapi dia tetap bersabar dan terus melayan anak-anaknya seperti biasa…tanpa memikirkan hatinya yang remuk dilanda badai...insan yang bergelar ibu juga selalu tersenyum walaupun hatinya hancur dan pedih bak ditusuk sembilu….
Ibu selalu tersenyum untuk mengembirakan hati anaknya…tapi anak-anak tidak pernah sedetik pon memikirkan perasaan ibu..kalau hasratnya tidak ditunai…anak2 ini akan memberontak dan segelintirnya hamper mengancam nyawa ibunya sendiri….asalkan hasrat hatinya sentiasa dipenuhi….
Hati ibu selalu gelisah apabila anak2 hilang dari pandangan mata..walaupon sesaat…tapi anak..lebih pentingkan kerja dan kawan2 berbanding ibunya sendiri…si ibu sentias menunggu panggilan anaknya…tapi si anak belum tentu mengingati ibunya setiap saat…naluri seorang ibu mmg begitu..sentiasa bimbang walaupon anak tesebut sudah besar panjang…
Ibu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan anaknya…tapi belum tentu si anak berusaha untuk memenuhi hasrat seorang ibu…
Ibu tidak tidur lena apabila anaknya sakit…sentiasa mendampingi anaknya..tapi belum tentu si anak sanggup bersengkang mata untuk menjaga si ibu yang sedang sakit….lumrah seorang ibu tidak mahu menyusahkan anaknya…tapi naluri hatinya sentiasa mendambakan belaian seorang anak…ibu tidak pernah meminta-minta jika perkara tersebut tidak penting baginya…si anak hanya tahu meminta-minta tanpa memikirkan perasaan seorang ibu….
p/s: jadilah anak yang boleh menceriakan hati seorang ibu….buatlah si dia gembira dan bergelak ketawa…jangan biarkan si dia yang landa duka….ceriakan sisa2 hidupnya….

#Nota 17

sentiasa berdamping ilmu akan membuat kita rasa teruja untuk lebih tahu sesuatu perkara...satu perkara yg indah apabila perkara yg di luar kotak pemikiran kita boleh di jangkau oleh otak kita apabila kita bersahabat dengan buku, dengan ulama'....teruslah meneroka ilmu..kerana ilmu tidk pernah habis...

Thursday, March 7, 2013

#Nota 16

jangan kita menilai seseorang itu seperti kita menilai rerama yang indah pada warna....nilai lah seseorang berdasarkan tingkah lakunya, budi pekertinya dan sikapnya...

sumber: FB: Azam Hasnizam