Ibu yang menjadi mangsa……
Ketika ini..ramai ibu yang menjadi mangsa dan sering
kecewa dengan sikap anak-anak mereka..itu tidak termasuk lagi dengan suami yang
tidak tahu menghormati dan menghargai seorang isteri yang setia menemaninya
sepanjng masa…
Anak-anak sering kali membuat hati seorang ibu
dilanda duka dan kecewa sehingga tiada lagi ubat atau penawar yang mampu
mengubati kegurisan hatinya…tapi seorang ibu tidak menunjukkan kekecewaannya di
hadapan anak-anaknya..kerana apa? Kerana seorang ibu tidak mahu menyebabkan
anaknya sedih…tapi anak? Anak tanpa segan silu dan berfikir panjang terus
menerpa ibunya untuk memuntahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu perkara…
Itulah ibu…walaupun hatinya terguris tapi dia tetap
bersabar dan terus melayan anak-anaknya seperti biasa…tanpa memikirkan hatinya
yang remuk dilanda badai...insan yang bergelar ibu juga selalu tersenyum
walaupun hatinya hancur dan pedih bak ditusuk sembilu….
Ibu selalu tersenyum untuk mengembirakan hati
anaknya…tapi anak-anak tidak pernah sedetik pon memikirkan perasaan ibu..kalau
hasratnya tidak ditunai…anak2 ini akan memberontak dan segelintirnya hamper mengancam
nyawa ibunya sendiri….asalkan hasrat hatinya sentiasa dipenuhi….
Hati ibu selalu gelisah apabila anak2 hilang dari
pandangan mata..walaupon sesaat…tapi anak..lebih pentingkan kerja dan kawan2
berbanding ibunya sendiri…si ibu sentias menunggu panggilan anaknya…tapi si
anak belum tentu mengingati ibunya setiap saat…naluri seorang ibu mmg
begitu..sentiasa bimbang walaupon anak tesebut sudah besar panjang…
Ibu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan
anaknya…tapi belum tentu si anak berusaha untuk memenuhi hasrat seorang ibu…
Ibu tidak tidur lena apabila anaknya sakit…sentiasa
mendampingi anaknya..tapi belum tentu si anak sanggup bersengkang mata untuk menjaga
si ibu yang sedang sakit….lumrah seorang ibu tidak mahu menyusahkan anaknya…tapi
naluri hatinya sentiasa mendambakan belaian seorang anak…ibu tidak pernah
meminta-minta jika perkara tersebut tidak penting baginya…si anak hanya tahu
meminta-minta tanpa memikirkan perasaan seorang ibu….
p/s: jadilah anak yang boleh menceriakan hati
seorang ibu….buatlah si dia gembira dan bergelak ketawa…jangan biarkan si dia
yang landa duka….ceriakan sisa2 hidupnya….
No comments:
Post a Comment