LAHAD DATU 7 Mac - Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup
sejak 1 Mac, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di
daerah ini selamat dan terkawal.
Menurut laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, lapan sekolah lagi
masih tertakluk kepada arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Lapan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok
Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4,
SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara
susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina
di Kampung Tanduo, dekat sini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu mendapati
keadaan tenang dan terkawal dengan kedai-kedai beroperasi seperti biasa
manakala orang ramai keluar menyelesaikan urusan masing-masing. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment