Wednesday, March 6, 2013

#Nota 13 (petua belajar bahasa inggeris)



PETUA 1

Untuk Petua yang kedua, cuba lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan?


Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Akan tetapi, bagaimanakah mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya adalah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).


Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan "Saya mahu makan nasi" dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.


Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, inilah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.


Setelah anda tahu petua ini, iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh penulis cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.


Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, "Things that I can see in a classroom" (benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah).


Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya, dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis 'black board', 'chair'. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja, contohnya: anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis 'write'.


Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah.


Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.


Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan 'classroom' atau bilik darjah itu kepada 'playing field', 'supermarket', 'swimming pool', 'office' dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.


Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.

sumber: dr. aina dan..

No comments:

Post a Comment