Kehidupan mereka sentiasa ceria..kadang2 orang yg
melihat mereka berasa cemburu dengan sifat ceria mereka…bagai tiada masalah
melanda mereka…kesedihan bukan menjadi peneman dalam kehidupan 3 sekawan ini..
Tapi semua itu berubah apabila masuk tahun ketiga
mereka bersama…akibat salah faham semuanya hancur….malisa mengatakan, nora
seperti talam dua muka, di hadapannya semuanya manis bak madu, tapi bila di
belakangnya pahit seperti hempedu…salah faham itu telah membuatkan hubungan yg
terjalin putus dan hanyut dibawa arus deras…makin memburukkan keadaan apabila
mereka berdua masing-masing mempertahankan ego masing2 dan sering berbalas
komen dalam facebook… yati pula hanya mendiamkan diri…dia mengambil langkah
selamat..tidak menyebelahi mana2 pihak….
Sesi bermasam muka pon bermula..daripada suasana
ceria dalam hidup 3 sekawan ini terus merubah mendung diiringi oleh gurau dan
kilat…dan menunggu hujan untuk jatuh ke bumi..hubungan yg dibina telah hancur
retak…. Tiada siapa yang tahu siapa yang bersalah..masing2 ada alasan kenapa
berbuat begitu…
Perbalahan malisa dan nora makin parah..apabila
mereka silap pilih kawan untuk bercerita terutama malisa…nora hanya bercerita
kepada mereka yg boleh menyimpan rahsia dan nora amat bertuah..kawan2nya yang
lain sentiasa bersama dan sentiasa memberi motivasi dan semangat kepadanya…akhirnya
nora menerima nasihat kawan2nya dan telah mengambil keputusan untuk tidak
berbalas komen lagi di facebook sebaliknya membiarkan perkara ini pulih dengan
sendirinya…dia menjarakkan diri daripada malisa…membawa diri untuk kebaikan
semua pihak…
Tapi malang bagi malisa..dia silap memilih kawan
untuk bercerita…kerana kawan2nya itu menyokong tindakannya bergaduh dengan nora…malisa
semakin benci dan marah kepada nora apabila kawannya itu mengapi-apikan dan
menyatakan bahawa nora yang bersalah..akhirnya malisa termakan dengan kata-kata
kawannya itu yang boleh diibaratkan sebagai kata yang keluar dari mulut tanpa memikirkan kebaikan dan keburukannya terlebih dahulu
Masila telah menyertai kumpulan lain…sentiasa
bersama ke sana kemari…aktiviti mengumpat mencarut menjadi peneman…tapi nora
membawa diri menyertai kawan2nya yang lain….nora tidak memilih kawan sebaliknya
cuba untuk bermesra dengan semua orang…
Akhirnya hubungan 3 sekawan itu hancur, putus,
hanyut dibawa arus,, tiada lagi suasana ceria mendampingi 3 sekawan ini….sampai
bila hubungan mereka harus begini tiada siapa yang tahu…biarlah masa yang
menentukan..kita sebagai kawan cubalah untuk membantu dengan memberi kata
semangat dan cubalah satukan hubungan mereka ini….
Sekian.
kawaaannnn
ReplyDeleteya aiman....kawannn...jangan jadi mcm ni ya....kekalkanlah persahabatan selamanya...
Delete