LAHAD DATU: Penduduk beberapa buah kampung di sini yang terpaksa
dipindahkan berikutan kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata dari
selatan Filipina, yakin pasukan keselamatan negara akan menyelesaikan
isu itu.
Penduduk Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai Bilis yang kini 'berkampung' di Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan juga memberitahu Bernama mereka kini berasa lebih selamat dengan kawalan ketat pasukan keselamatan negara.
Sambil mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki
kumpulan itu dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung
Labian Assaffal Alian, 48, berkata ada penduduk masih trauma dengan
kejadian itu.
"Namun kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan tegas mengusir penceroboh yang amat menyusahkan kita semua," katanya.
Penduduk Kampung Tanjung Labian, Musli Jaafar, 52, berkata beliau sekeluarga meninggalkan kampung dalam keadaan sehelai sepinggang selepas diarah pihak keselamatan mengosongkan rumah, Ahad lalu.
"Pengalaman ini amat menakutkan. Kemudian pada Selasa lalu saya dengar bunyi letupan bom di Kampung Tanduo. Inilah yang sepatutnya pengganas terima dan tindakan kerajaan itu betul," katanya.
Musli berkata, walaupun berhadapan dengan ancaman bahaya daripada kumpulan pengganas terbabit, beliau yakin pasukan keselamatan mampu menyelesaikannya dan mereka berasa selamat di bawah kawalan pasukan keselamatan negara.
"Kerajaan pada saya amat serius untuk menangani permasalahan ini. Saya yakin dalam dua atau tiga hari ini semuanya akan selesai," katanya yang ditempatkan Dewan Serbaguna Embara Budi, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Tanduo.
Setakat ini Dewan Embara Budi menempatkan kira-kira 650 penduduk, manakala Dewan Fajar Harapan yang terletak 15 kilometer dari Kampung Tanduo pula memberi perlindungan kepada 1,200 penduduk.
Rohilu Addeinis, 43, dari Kampung Tanagian yang ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, berkata kehadiran pasukan keselamatan yang mempamerkan komitmen tinggi melegakan keresahan penduduk sejak beberapa hari lalu.
"Tahap keselamatan kami sangat baik di sini dengan kawalan keluar masuk yang ketat dan kami berterima kasih kepada kerajaan, polis dan tentera. Kita harap kerajaan tidak berkompromi soal keselamatan dan semoga semuanya akan berakhir dengan cepat," katanya.
Sementara itu, Sarjan Juspin Sijan, 56, yang mengetuai operasi sekatan jalan raya di Jalan Tungku di sini bersama 14 anggota polis lain, berkata pihak polis menerima kerjasama baik daripada penduduk dan ada antara mereka bermurah hati membekalkan makanan kepada mereka.
"Ini sesuatu yang mengharukan di mana masyarakat menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan polis dalam menjaga keselamatan mereka.
"Ini juga bukti bahawa masyarakat yang sering bertanyakan khabar dan menghulurkan bantuan berupa makanan dan minuman, bahawa mereka menaruh keyakinan terhadap pasukan keselamatan," katanya sambil menambah sokongan rakyat menaikkan lagi semangat anggota keselamatan untuk mengawal kedaulatan negara.
Kumpulan penceroboh bersenjata itu yang menjadikan Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 km dari pekan Lahad Datu dikepung pihak keselamatan sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.
Namun pada 1 Mac, kumpulan itu bertindak menyerang pasukan keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69, disusuli enam lagi anggota dan pegawai polis dalam kejadian serang hendap di sebuah perkampungan di Semporna sehari kemudian.
Arahan pihak keselamatan agar mereka meletak senjata dan menyerah diri secara baik juga tidak diendahkan dan pada Selasa, pihak keselamatan melancarkan Op Daulat, tindakan ofensif bagi menggempur kumpulan itu.
Pihak keselamatan mengesahkan mereka menemui 13 mayat anggota kumpulan penceroboh ketika melakukan operasi susulan selepas itu termasuk seorang yang mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
- BERNAMA
sumber : berita harian online

No comments:
Post a Comment