Monday, September 3, 2012

Nasi Ayam Ala Asia

haiii..iolsss nak kongsikan resepi hari ni....nasi ayam ala asia....menu ni untuk berbuka puasa iolsss dan my mom...mmg sedap...iollsss tak mau cakap banyak sbbnya kenyang sgt...so selamat mencuba :)-




  

Nasi Ayam Ala Asia


BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras wangi (cuci dan toskan)
5 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 1/2 camca besar marjerin
Pewarna kuning (sedikit sahaja)

BAHAN SUP AYAM :-)
1/5 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik

2 biji bawang merah india
5 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
Garam secukup rasa
perasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
3 biji cili kering
2 inci Halia
3 batang Serai
1.5 inci Kunyit
1 cawan Santan
Garam, gula, perasa

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goring

(untuk hari ni iollss guna timun jerr sbb malas nk p pasar cari bahan, so guna apa yg ada jerrr)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :-  Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau…masukkn air dan biarkan sehingga mendidih….masukkn ayam…biarkan sehingga ayam masak, masukkn sup siam, garam, perasa dan daun sup…biarkan ia mendidih seketika…tutup api dan letak tepi…
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang air dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras wangi patah2...tak cunn...
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :-  kisar bawang besar, halia, serai, kunyit, garam, gula, perasa, cili kering bersama santan…pindahkan bahan kisar ke dalam periuk..masukkn ayam..letak di atas api..biarkan sehingga ayam separuh masak….lepas tu.pindahkan ayam ke atas bara api..bakar sehingga masak….semasa proses memasak…sapu kuah yang dimasak bersama ayam tadi keatas ayam…sapu di kedua2 belah ayam secara selang seli…lakukn proses tersebut sehingga ayam masak…
***iollsss tak guna stok ayam sebabnya banyak lemak…iolsss dah la dalam proses menurunkan berat badan….so iolss guna air biasa jerr…

Sunday, September 2, 2012

Gubahan Rindu Puisi Syahdu

hai uolsss...pagi ni iollsss teroka gmbr2 lama dalm laptop..so sweet semuanya terimbau kenangan lalu,,,tersenyum iollss sorang2....teroka punya teroka so jumpalah beberapa keping gmbr gubahan nasi pengantin...haha...terimbau jugalah iollsss semasa menyediakn gubahan tu...punyalah bising dengan teatah iollsss...happy sgt bila dah siap...gambar ni iollsss ambik masa majlis persandingan seorang kenalan iollsss...so selamat menonton!!!! :)-











Nasi Lemak Pandan Ranjau Hidup

haiii uolsss...hari ni hari ke 3 iolssss puasa sunat syawal...hehe...alhamdulillah...so untuk menu berbuka nnti iolsss dah siapkan satu menu yang special.....yummm2...iolsss tk pernah buat benda ni....menu itu adalah Nasi Lemak Pandan Ranjau Hidup...hehehe..sungguh menyelerakan..tapi iolsss tak cuba lagi...puasakan...hehe...so mcm biasa iolsss nak kongsikan resepinya....jeng..jeng...:)


Bahan-bahan :

Nasi:-

4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Sambal:-

10 biji cili kering (rendam dan kisar halus)
1/2 kg ikan bilis
1 cawan santan
3 biji bawang besar (kisar halus)
2 biji bawang besar (hiris nipis)
5 ulas bawang putih (kisar halus)
2 inci halia (kisar halus)
2 batang serai (kisar halus)
1/2 keping belacan
1 keping asam keeping
Garam, gula, perasa ajinomoto

bahan lain:-

Telur rebus
Kacang tanah goreng dengan minyak
Timun 


cara-cara:-

1. cuci beras, masukkan air, air pandan, santan, bawang merah, serai, halia, halba, simpulan daun pandan dan garam serta sedikit pewarna hijau..tanak nasi sehingga masak...
2. untuk sambal..kisar bawang besar, cili kering, serai, halia, belacan, bawang putih...panaskan minyak tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau...masukkn garam, gula, perasa, asam keping, santan....biarkan ia mendidih selama 10 minit..selepas itu masukkn ikan bilis....masak sehingga ikan bilis menjadi lembut...selepas itu masukkan hirisan bawang besar dan masak sehingga bawang layu....tutup api dan hidangkan bersama nasi tadi, teluar rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun...

selamat mencuba

Saturday, September 1, 2012

Soto Ayam Ala Kelantan


Hai uolsss..hari ni iolsss buat masakan yang popular di johor….SOTO AYAM bersama NASI IMPIT…menu ni untuk iolsss berbuka puasa..hehehe..resepi soto ni iolss dapat daripada blog seorang yang gemar memasak….so iolssss cuba la….macam biasa iollsss main campak2 jerrr bahan2 dia…kebetulan pula hari ni family iollsss buat tahlil untuk arwah my untie….ada kari ikan tongkol, sup perut lembu, air asam perut lembu, ulam-ulaman, ikan bakar dan yang paling penting adalah BUDU..tak sah kalau orang Kelantan tak makan budu..hehehe..untuk hari ni iolsss nak kongsi resepi SOTO AYAM..sebabnya untuk menu yang lain tu my mom yg masak...so tkyah la ek..lagi pon simple jerr masakan….hehehe..tapi kan gambar soto tu tak sempat iolsss nak ambik..hari mmg busy nk siapkan lauk pauk untuk majlis tahlil malam tadi... hehehe... sorry...so iollssss tanya pak cik google la ya untuk gambar soto tuuu....


SOTO AYAM ALA KELANTAN

BAHAN KUAH SOTO :-)
1/2 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 bunjut sup bunjut Adabi/Alisa
2 camca besar rempah kurma "Adabi"
3 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
3 biji buah keras*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
Garam, gula dan perasa ajinomoto (ikut selera masing2)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Telur rebus
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, gula, perasa secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..yummmmmmmm3
  3. SAMBAL KICAP:-. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan. 

Tuesday, August 28, 2012

Nasi Kerabu Citra Family

haiii uolllsss...iolsss nak kongsi resepi lagi ni.....hari ni iollsss buat nasi kerabu untuk menu makan tengahari.. nasi kerabu ni boleh dimakan bila2 masa jerrr....sarapan ke...makan malam kerrr..bak kata omputeh anytime boleh makan nasi kerabu ni....hehehe...nasi kerabu ni w/pon rumit tapi bagi iolsss simple jer...sbb iolsss tk perlu masak banyak lauk tuk makan tengahari...hehe...cukup dgn daging bakar, telur masin dan solok lada...hehe..simple kan....tang bahan nak buat sambal kelapa tu tk yah citer la...ambil masa sikit jerr..tak lama pon....iolsss sempat la ambil gmbr tuk tatapan uolsss....jeng..jengg :)


iolsss ni tk pandai sangat nak hias nasi kerabu ni...hehe...main cmpak2 jer..pastu gaul dan makan!!!!!

iolsss pon dah kenyang, so tak nak citer banyak..iollsss kongsi resepi...tengok kat bawah tau:


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
v


Nasi Kerabu Citra Family

Nasi:

Beras (suka hati uolsss la...kalau ramai masak la banyak....kalau makan sorang jer...sikit pon tak pe)
Air (ikut suka...agak2 jer...jangn lembik dan jagn keras jerr.....nnti tk boleh makan)
Bunga clitoris flower (hehehe susahkan nama tu....iolssstk tau nama bunga tu orang malaysia panggil ..iolsss panggil bunga nasi kerabu jerrr)

cara-cara:

* cuci beras sehingga bersih...masukkan air secukupnya...dan air tapisan bunga clitoris flower...hehehe...masak sehingga masak yaaa...hidangkan...


Sambal kelapa:

Ikan selayang (rebus dan buang tulang) - ikut kuantiti uolsss nak masak
Kelapa parut (goreng tanpa minyak sehingga garing) - ikut kuantiti ikan..jgn kurang..lebih tkpe...
Serai (suka hati laaa)
Halia (1-2 cm)
Bawang merah (suka hati laaa yerrr)
Bawang putih (ikut suka...jgn banyak sgt nnti bau dia kuat)
Garam
Gula
Perisa a.k.a ajinomoto

cara-cara:

*kisar bawang merah, bawang putih, halia sehingga lumat...masukkan dalam kuali...goreng tanpa minyak sampai bahan kisar masak...masukkan ikan rebus..hancurkan ikan dan kacau sehingga sebati...bila sudah kering masukkan garam, gula, ajinomoto...kacau biar rata...masukkan kerisik kelapa dan kacau sehingga kering dan angkat...hehehe

Solok Lada:

Lada hijau
Ikan selayang
Kelapa parut
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Garam
Gula
Budu
Perisa a.k.a ajinomoto

****suka hati uollsss la nak bubuh banyak mana...ikut cita rasa..penat la nak tulisss...hahahaha

cara-cara:

**tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, serai, kelapa parut, ikan selayang sampai lumat..gaulkan semuanya...campurkan garam, budu, gula, ajinomoto...gaul sampai sebati...
**potong lada hijau memanjang...jangan sampai putus hujungnya dan tebus belakangnya...buang biji....siram da toskan....setelah itu, sumbat inti tadi ke dalam perut lada tadi...rebus sehingga masak..
**TIPS: rebus lada tadi menggunakan santan kelapa...lagi sedap dan aromanya kan meningkat....

Lauk:

Daging bakar
Telur masin

***tak perlulah nak cakap cara nak masak benda tuu..uolsss pandai2 la....


................................................................................................................................................................

ni dia bunga clitoris...



 bunga ni juga dikenali sebagai blue pea flower or butterfly pea


Nasi Impit Sambal Kelapa Permata Hati

Menu yang dah lama tak buat..rasanya dalam 3 tahun jugalah....hehe...Nasi Impit Sambal Kelapa...nasi impit selalu makan tapi dengan kuah kacang or rendang...dengan sambal kelapa dah lama tak merasa...bila dah masak tu..amboiii melantak tak hengat orang kat belakang...hahahha....so iolsss nak kongsi resepi nasi impit illossss.....

before that, iolsss nak kongsi dulu gmbr nasi impit iolsss.....jeng..jeng....:)


tu diiaaaaaaaaa

resepinya adalah :

Nasi Impit Sambal Kelapa 

Nasi:

Nasi Impit (iolsss beli kat pasar raya jerrr..yang dah siap...senang!!! rebus jerrr...bila dah masak tuu...toskan dan siram air sejuk dan biarkan ia sejuk...bila dah sejuk potong la!!!!)

Sambal Kelapa:

Kelapa parut (goreng tanpa minyak sampai betul2 garing tau)
Ikan selayang (rebus dan buang tulang)
Gula melaka (ikut citarasa)
Serai (ikut kuantiti sambal yang uolllsss nak buat) iolsss main agak2 jerrr..janji sedap
Bawang merah (suka hati uolssss la nak bubuh banyak mana)
Garam (jangan banyak sangat nnti kena darah tinggi...sapa susah???? uolsss juga)

Hiasan:

Cili hijau

Cara-Cara:

ikut jerr apa yang iolsss tulis kat atas tuuu.....bila dah siap semua bahan untuk sambal...campurkan semua bahan, kacau sampai sebati dan taburkan diatas nasi impit yang sudah dipotong dan boleh makan....hehehe

Tips Penting:
**beras nasi impit tu rebus lebih kurang setengah jam..lagi lama lagi baik...tp jaga2 air jangan sampai kering.. hehehe...air tu banyak pun takpe...yang penting tenggelam bungkusan beras tu....untuk beras iollls cadangkan uolsss beli nasi impit jenama ADABI...sebabnya dia wangi sangat...hahaha...
**tuk sambal kelapa iolsss cadangkan uolsss tumbuk dengan lesung sambal...tk payah guna pengisar...lagi sedap...w/pon zaman dah berubah...hahaha
**biarkan nasi impit tuu betul2 sejuk baru potong...kalau tak ia akan pecah!!!!!!!!!....nak cepat masukkan dalam peti sejuk beku...hahaha...lagi cepat...
**hiasan tuu boleh jerr letak apap pon janji sesuai....iolssss letak cili hijau jerr...sebab tu jerr yang ada masa tu..hahaha

Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!!!!





Monday, August 27, 2012

Suka Suki Cuti Semester

Haiii uollssss....Salam Merdeka Raya!!!!!! Maaf Zahir dan Batin...

Lama dah tk teroka blog ni...tkde apa yang menarik nak dicerita...hehhe...
sekarang cuti semester..so aku berpuasa dan beraya bersama keluarga tercinta..banyak suka duka sepanjang bercuti ni....yang paling best pada bulan puasa..berniaga di bazar ramadhan...hehe..income dia lumayan jugalah....tapi bukan dapat kat aku semua la....aku just tolong my mom brniaga jerrr....so dia adalah bagi gaji sikit...hehe....dapatlah belanja tuk raya tahun ni....hehe

dalam keseronokan pasti ada kedukaan kan....sama jugalah dengan aku dalam best2 brniaga tu adalah krisis sikit berlaku...hehe...rasanya tak manis tuk aku bercerita di sini...biarlah rahsia kami sekeluarga...huhu... Sebulan berpuasa tanpa aku sedari dah berada di penghujung....maklumlah sibuk berniaga...hehehe..tapi solat terawikh tak lupa tau..hahaha....

Lumrah kehidupan kan....shopping raya tak lepas dari manusia....sama jugalah dengan aku....shopping sakan....bukan baju raya tau...barangan lain la termasuklah biskut raya....tahun ni main2 tunjuk2 je...yang buat sendiri hanyalah Kek Batik Special....pertama kali buat...excited jugalah nak rasa....hehehe...nasib baik jadi kek tu....hidangan wajib seperti rendang, ketupat, nasi impit, dan satey mestilah buat sendiri....sehari suntuk jugalah nak siapkan semua....sorry takde gambar ya....tk sempat...maklumlah laris di hari lebaran...hehehe

Tapi lebaran tahun disambut sederhana je...masalah kesihatan my dad menyerang di malam raya...so mood raya tu berkurangan la sikit...tapi tkpe..raya pon aku bukan pergi mana2 pon....just duduk rumah tunggu orang datang beraya jerr..maklumlah aku ni tkde kawan yang rapat...semua dah bawa haluan masing2....sendirian lah di aidilfitri...tp aku ada keluarga tercinta tauuuuuu.....

ni lah aku di pagi raya...hensem tak???? hahaha


Pengalaman yang paling aku tak lupakan sesat sesama pulang beraya...ceritanya: my brother nak elak jem dia try lalu jalan lain...tapi tk tau jalan....masa tu dah nak senja...so redah je la....maklumlah jalan yang biasa digunakan jem...raya katakan!!!!!! so drive la my brother....hari tu pulak hujan lebat...seram jugalah....dah la jalan tu gelap...kenderaan yang lalu situ pon kurang...takut juga la...yg paling takut my sis in law...dia takut apa tau,...takut orang jahat tahan tengah jalan...my mom pula takut hantu dan binatang buas...hehe...aku cool je (w/pon hati berdegup kencang)....nak dijadikan cerita my brother follow kereta yang menuju ke jalan gua musang....mmg aku pon menuju ke sana...disebabkan keraguan...my bro pon berhentilah di sebuah kedai runcit...tanya punya tanya...mmg jalan tu betul tp menuju ke bandar gua musang...aku tkkn pergi bandar...so kami pusing balik.....barulah jumpa jalan yang betul lagi benar....tp mak aiii jauh giler....dari R&R kami singgah makan ke jalan KK ke GM lebih kurang 50 km....so lama jugalah kami bergelumang dengan perasaan takut...hehehe...my mom and my sis tak mau dah guna jalan tu....tp aku ok jerrr.....best apa...boleh kenal jalan baru...hahahaha....so perjalanan aku dr PM ke GM mengambil masa 5 jam....sepatutnya 2 jam je.....dah mcm pergi KL je...hahaha

berlalu lah raya....dah seminggu pon....so kenalah buka citer baru...lagi dua minggu aku nak kena balik ke UPM..hehe...dah nak buka semester baru dahhh...cepatnya masa berlalu....tiket pon dah beli...tunggu masa je ni....hhehehe...yang paling best aku dah jadi final year student....welcome my junior.....Jumpa di sana!!!!!!!!