Saturday, March 30, 2013

Kisah Seorang Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

anak-derhaka 

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? “Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
 “Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.”Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.” “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.

Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
 Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul525950_508145219206512_1757148171_n – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.” “Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.” Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.

sumber:  http://www.ohpisang.com/kisah-seorang-anak-derhaka-hadapi-sakaratul-maut/

Thursday, March 28, 2013

HANGAT!!! Isu Daging Babi di NSK Selayang.




Semalam den tengok, banyaknya yang share isu 'babi kat NSK tu....den buat donno je dulu...manalah tau maklumat tu salah....tub..tub hari ni den terbaca pula satu post kat fb pasal isu ni...okay..den tertarik dengan jawapan daripada seorang yg arif tentang benda ni...den pun share lah info tersebut disini :-

----------------

ISU DAGING BABI KHINZIR NSK SELAYANG | Nampaknya, kemunculan daging yang seakan-akan daging babi di dalam troli di NSK Selayang menjadi topik perbualan hangat dan membuat ramai pihak terkejut. Namun, benarkah daging itu adalah babi?

Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika tegursan saya ni salah.
-------------

Kredi kepada sumber asal : http://www.mazeermohamad.com/2013/03/kisah-sebenar-daging-babi-di-nsk.html

Wednesday, March 27, 2013

Mug, Medium dan Full Shoot..alahai!!!!

ha...jumpa lg kita di sini entry kali ini..sambil2 copy gmbar dari kamera ke laptop...terbuka pulak gambar masa buat tugasan multimedia...tugasan ni dilakukan pada minggu lepas..hari rabu....masa nilah teruji kebolehan untuk mengambil gambar...

mug shoot...satu shoot yang susah tuk dilakukan...perlukan kemahiran....gmbr perlu diambil dari dagu keatas...

medium shoot..gmbr dari pinggang ke atas..

full shoot...shoot yg paling senang tuk diambil...tp susah juga...kita perlu imbangkan semua sudut...

so kecoh la dalam kelas..masing2 sibuk mengambil gmbr...modelnya pula sibuk buat memek muka..
ha,,lupa nk gtau td...selain 3 shoot tersebut...model perlu membuat pelbagai memek muka....mcm2 memek muka ada...sedih, gembira, pelik, dan lain2 la...

sekali lagi kesabaran teruji , bila tugasan tersebut perlu di hantar sebelum pukul 1.59 ptng...haaa.... kekalutan timbul lg....

oklah..dah tiba masanya tuk beredar..jumpa lg di entry seterusnya...sebelum itu...jom teroka gmbr2 kenangan...hehehe...bye2..


full shoot

model: muna afifah...gembira katanya

model: kamal haris ....macho gilerr, hahaha

ha,,, nilah aku....aku pun jadi model juga

model : aswadi mohamad ....senyum sambil buat pertunjukan badan paling sasa...sasa ke?

model : mazlan bakar ...senyum je dia...hahaha

medium shoot

ayunya dia...

control macho nmpk?

tengok apa tu...tgk kekasih hati ke?

kenapa bibir tu...hahahah

amboi ko....nk terkam kat sapa tu?


mug shoot

la..pejam mata pula?? dah2 ambik lain...hahaha

cantik gigi

tk puas hati ni...siap ko?

mata tu..tutup sikit


perempuan melayu terakhir

Sehari di Putrajaya

haii..jumpa lagi di entry seterusnya....sehari di putrajaya walaupun hanya beberapa jam je aku di situ... bukan pergi bercuti atau saja2...ada kerja kat sana...kisah bermula bila dr. favorite ku...Dr. Azwan..perlu pertolongan aku ke sana...so aku pun bersetuju lah..aku ni jenis susah nak tolak permintaan orng..lagi2 orang yg aku sanjung dan hormat....

aku yang masih berada di perak masa itu..terfikir2 sapa lah yg mahu diajak sebagai driver...hehe..maklumlah tkde lesen memandu..last2 terfikir tuk ajak seorang teman...dia pun bersetuju....so tepat jam 9 pagi (selasa) kami pun geraklah ke sana...tempat yang dituju adalah pejabat PEMANDU di jabatan perdana menteri, bangunan perdana putra, putrajaya...ambik ko....pergi JPM tuuu....berdebar den....tk pernah2 ke sana...so pergilah kami ke sana...

menariknya...tk sesat pun...walaupun pertama kali sampai sana....jadi tugas dilaksanakan dengan baik da sempurna....aku akan ke sana lg...huhuhuhu....disebabkan msa masih banyak..kelas hari tu pon pukul 12 tghr..so pusing lah putrajaya...tk kemana pun...ke dataran putrajaya dan tasik putrajaya...oklah..cukup untuk entry kali ini...jom teroka gamabr den...hehehe












tunggu entry seterusnya....asas grafik: mug shoot, medium shoot dan full shoot..

Tuesday, March 26, 2013

Percutian 2 Hari 1 Malam di Tapah, Perak

haaa,,,, dah lama tak update blog....rindu pula rasanya nak berceloteh...hehehe....okay...tajuk entry kali ini ialah bercuti...ala2 cuti-cuti malaysia gitu....tempat percutian kali ini adalah di tapah, perak di perkampungan orang asli suku semai...di batu 7 dan batu 14, jalan pahang, tapah, perak, malaysia....sebenarnya percutiaan ini adalah untuk kajian bagi tugasan subjek sejarah kebudayaan melayu..yang memerlukan kerja lapangan untuk melengkapkan objektif bagi kursus ini...sebelum pergi lebih jauh...jom teroka gambar2 yang dijadikan kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup...

haa...ni antara peserta atau pelancong yang hadir....


bersama pengarah program yang terbaik..hahahaha

orang kuat percutian ke sana (Dr. Sharifudin)



amboiii!!! ha,, nilah peserta yang makan tk hengat kawan,..hahahahaha

akak2 GRF yang excited nak mandi sungai

abang2 bas a.k.a gengster kampung tapah...tkde diorang jawabnya tak sampai la kami semua di situ

bersama penari-penari sewang

sesi bersama responden untuk dapatkan data kajian

ha...ni tempat yang paling menarik perhatian aku...tapi tk berkesempatan singgah di sana... sibuk layan budak2 semai..sampai lupa tempat ini

amboiii....sempat lagi ambil gmbr...ni dalam perjalanan ke batu 14..melalui hutan belantara

selepas ucapan penutupan hari pertama...sebelum ke tapak perkhemahan

perjalanan ke air terjun lata iskandar...w/pon...

okay...dah tengok gambar kan...banyak lagi..tk larat den nak upload....baiklah...perjalanan kami bukan terhenti di kampung batu 14...setelah penat meredah hutan belantara dan menikmati buah koko dan pemandangan yang mengasyikkan...kami terus ke cameron....amboiii ko..nak citer pasal jalan dulu....sedih den...macam ular kena palu jalannya...tkde jalan lurus....takut jugalah bila berselisih dengan kereta dari arah yang bertentangan...setelah harungi perjalanan hampir 2 1/2 jam...sampailah kami di tanah rata, cameron....

singgah la sebentar di MARDI...ingtkan masuk free...berduyung2 kami ke sana..last2 diberitahu kena bayar kalau nk masuk ke sana...so terpaksalah bayar....den tk excited sangt pon....kat san isi perut yang berpuasa dari pagi lg...pastu solat dan pusing2 sekitar....

perjalanan pulang melalui jalan yang sama...apa lagi ketakutan datang menjengah kembali...nasib baik tak muntah....ada jugalah yang muntah nya....nasib la badan....maybe tu kali terakhir den ikut jalan tu...tp kalau terpaksa..nk buat mcm mana terpaksalah den meradahnya....

so hampir jam 11 malam tibalah rombongan kami di upm...balik bilik, mandi, tidur.....aman rasanya....hahahaha..lepas ni kena buat laporan pula...

jumpa di entry seterusnya iaitu Sehari Di Putrajaya....bye2

Thursday, March 21, 2013

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Tuesday, March 19, 2013

PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?

Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"

6 Teknik Hilangkan Stress!!!!

1. lupakan seketika masalah tersebut

- lakukan sesuatu kerja supaya kita lupakan masalah itu
- cari satu aktiviti yang boleh membuatkan kita ketawa
conthnya tonton movie, kartun, memasak, tonton raja lawak...
- ketawa boleh menghilangkan stress yang dihadapi..
- ketawa satu terapi untuk menghilangkan segalanya

2. kongsikan dengan kawan/family masalah yang dihadapi

- ceritakan kepada kawan/family masalah tersebut
- minta pendapat mereka
- perkongsian akan menyebabkan kita rasa beban itu berkurangan...
- pendapat orang lain akan membawa kita kepada jalan penyelesaiaannya

3. mendekati diri dengan ALLAH

- kalau stress dekatkan diri dengan ALLAH
- ALLAH maha penyanyang dan maha pengasih...ALLAH tidak akan membiarkan hambanya menanggung beban yg tidak mampu dipikul oleh hambanya...
- solat hajat adalah satu cara yang bagus...mohon petunjuk

4. sesi kaunseling

- jika stress tersebut di tahap kritikal..jumpalah kaunselor
- mereka akan membantu memberi kita semangt
- mereka tidak akan mematahkan semangt kita tuk teruskan kehidupan

5. tidur

- cara yang paling mudah
- tidur membuatkan kita melupakan segalanya
- bangunlah dengan semangat yang baru
- semasa tidur otak akan berfungsi

6. cari penyelesaian bukan sentiasa fikir masalah tersebut

- jangan fikirkan masalah tersebut
- cari penyelesaian...

Saturday, March 16, 2013

Hari Minggu di UPM!

dah lama rasanya aku tk keluar hari ahad...terperap kat bilik je..tapi hari ni aku kena keluar juga sebab nak hantar buku kat library...sedih dan remuk hati den memikirkan hari minggu di sini..mana tak nya...bas bergerak 1/2 jam sekali..kadang2 ada yg geak 1 jam sekali....lepas tu pintu pagar lebuh silikon pula ditutup..alasannya tiada pengawal yang bertugas...perit aku nak keluar hari minggu...buang masa berapa lama dah nk tunggu bas bergerak dan lalu pula jalan jauh..berjam2 dalam bas..padahal nak ke library yg hanya memakan masa beberapa minit...

sistem bas tu aku boleh kompromi lagi la..sbbnya ramai pemandu yang bercuti...dan bas kurang pada hari minggu..aku faham semuanya dah berkeluarga dan masa hari minggu mcm ni lah nak habiskan masa bersama...

yang tk boleh aku terima tu gate ditutup setiap hari minggu iaitu sabtu dan ahad..alasan tiada pengawal dan untuk mengelak kecurian dan memudahkan kawalan keluar masuk sekiranya gate tersebut ditutup...kecurian??? hari minggu je ke kecurian berlaku...ala kalau ada pak guard pon aku tgk bukan buat kerja pon...duduk je kerjanya..kenderaan bebas keluar masuk....

cubalah fahami keadaan student sikit...laluan lebuh silikon adalah jalan utama keluar masuk pelajar serumpun..kalau ikut jalan yang dibuka boleh...tapi mengambil masa yang lama...dan kesian ibu bapa aku tgk nk datang melawat anak2 mereka di sana...kadang2 ada yang sesat sebabnya mereka hanya biasa menggunakan jalan tersebut..tapi ditutup...

rasanya dah banyak kali luahan rasa dilakukan oleh sutdent tapi di pandang sepi....so apa boleh aku buat...hanya pendamkan dan luahkan di blog..hahahaahaha...nk pergi buat aduan ke pihak yang berkenaan pun..dah tau jawapan dia apa...so hadapilah wahai student upm....

Friday, March 15, 2013

Gembira, poster dan kalendar 2014 dah siap!!!

haaa...hari ni happy giler...semua kerja multimedia dah siap....tiga poster dan kalendar 2014 dah siap...tunggu nk print je...hahahah.....dua beban dah lucut dari bahu....rasa mcm ringan je...walaupon realitinya tk...hahahha....dan banyak yang aku belajar...terutama kesabaran....memang menguji kesabaran la...

first sekali nk kongsi poster dulu

sahabat setia idaman teruna dan dara

lahad datu menjadi perhatian dunia

alam sedang nazak


itulah 3 poster yg telah siap...hasil perahan otak mencari tema...sakit jiwa den nk siapkan benda ni
oklah...saya nak kongsikan kalendar 2014 pula....dari kulit depan higgalah ke bulan 12.....

bulan 12

bulan april

bulan februari

bulan januari

bulan mac

bulan jun


bulan november


bulan september


kulit depan

bulan ogos
bulan oktober

bulan julai

bulan mei

maaflah ya tak ikut susunan..

selamat menonton...